Kedaifan Infranstruktur di Kemabong

http://www.youtube.com/get_player

Kelihatan dalam video kedaifan Jalan Kemabong-Rundum di mana pacuan empat roda pun boleh tersangkut dalam lumpur.

Kemabong adalah sebuah kawasan pedalaman yang luas dan masih belum sepenuhnya menikmati pembangunan infranstruktur asas seperti kemudahan jalanraya, bekalan elektrik dan air. Jalanraya yang ada di DUN ini terutamanya di kawasan perkampungan luar bandar masih lagi pada taraf yang daif dan perlukan perhatian segera.

Empat set gambar dia atas adalah keadaan jalan sejauh 200 meter yang terletak dipertengahan jalan antara Mukim Bakuku dengan Mukim Kuala Tomani. Jalan berkenaan menghubungkan sembilan kampung iaitu Kg. Bakuku, Kg. Lalang, Kampung Mahunsop, Kg. Tinura, Kg. Alutok dan Kg. Malulutut. Inilah jalan yang menjadi perhubungan utama bagi penduduk ke Daerah Kecil Kemabong atau ke Pekan Tenom. Kenderaan kecil seperti Kancil atau Proton Saga tidak dapat melalui jalan ini. Dimaklumkan ada usaha penduduk cuba meratakan jalan dengan cangkul namun memandangkan struktur jalan daripada batuan pejal maka usaha itu mengambil masa lama dan sia-sia. Kononnya jalan ini akan diturap pada bulan Ogos setelah sekian lama penduduk membawa perkara ini ke pengetahuan kerajaan namun hingga kini (November) masih belum dinaik taraf.

Empat jalan di atas pula merupakan panorama Jalan Kg. Lalang ke Kg. Malulutut, Kg. Kaang dan Kg Alutok. Semasa gambar ini diambil, hujan baharu sahaja selesai dan pacuan empat roda yang menjadi kenderaan wartawan terpaksa berpatah balik selepas gagal meneruskan perjalanan akibat jalan yang licin dan merbahaya. Nampaknya walaupun menggunakan pacuan empat roda belum menjamin para penduduk dapat melalui jalan ini. Ini menunjukkan tahap kesukaran penduduk akibat daifnya kemudahan jalanraya dik kawasan berkenaan. Dimaklumkan juga bahawa Jalan ke Kg. Alutok terpaksan mengharung sungai sedalam lebih kurang 1 kaki sedangkan penduduk di kampung berkenaan terpaksa berulang-alik setiap hari dan hanya pacuan empat roda sahaja yang boleh melaluinya.

Satu rombongan telah dihantar oleh Jawatankuasa PBS Bahagian Kemabong atas permintaan salah seorang penduduk Kg. Lalang telah bersama penduduk di kampung ini pada 15 November 2009. Dimaklumkan bahawa rombongan ini terpaksa dihantar selepas ada keluhan penduduk yang agak penting untuk diambil tindakan oleh para pemimpin BN khususnya YB Datuk Rubin. Kehadiran rombongan ini telah melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk berkerjasama dengan penduduk mengutarakan permasalahan disamping memantapkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan YB Datuk Rubin sebagai Pengerusi BN di Tenom.

Kelihatan sebahagian penduduk Kg. Lalang yang melahirkan rasa sedih kerana masalah infrastruktur seperti jalanraya dan Rumah Kebudayaan yang belum terbela. Mereka berharap BN sebagai parti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dapat memanjangkan rintihan berkenaan kepada YB Datuk Rubin Balang dan YB Datuk Raime Unggi.

En. Anggoh Mayah, Naib 1 PBS Bahagian Kemabong yang mengetuai rombongan Jawatankuasa Bahagian percaya bahawa YB Datuk Rubin dan YB Datuk Raime memahami masalah rakyat dan akan mengambil tindakan segera guna membela nasib rakyat. En. Korom sebagai Pegawai Penerangan Bahagian pula mengingatkan para penduduk supaya menyokong BN yang dianggotai oleh UMNO dan PBS supaya keperluan rakyat terbela. Menurutnya, PBS akan mengemukakan permasalahan rakyat ini menerusi salarun yang betul dan berharap penduduk dapat bersabar.

Menurut En. Florentius, “Bukan YB kita yang tidak mempedulikan kita. Mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan atau berlaku kelemahan dipihak pelaksanaan sebab itu penaik tarafan jalanraya belum kelihatan. Jesteru itu, sebagai Setiausaha Bahagian, saya akan menghubungi pihak Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) agar tindakan segera akan diambil. Sebagai sebahagian daripada komponen BN kita peka dengan keperluan rakyat dan ingin melihat BN yang diketuai oleh UMNO tampil sebagai pembela rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: