PBS Kemabong di Kongress PBS ke 24

Sebahagian perwakilan dan pemerhati Bahagian yang hadir awal ke Kongress (9/11/2009)

Tanggal 7 hingga 9 November 2009 merupakan tanggal keramat bagai PBS Kemabong yang baru muncul semula selepas berjaya diaktifkan semula. Seramai 21 perwakilan dan 2 pemerhati dari PBS Bhagian Kemabong hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (Kongres) kali ke 24 ini. Perwakilan ini mewakili Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita.

Kelihatan dalam gambar adalah sebahagian para perwakilan yang sedang sibuk menjamu selera sebelum berangkat ke Hongkod Koisaan. Perhatikan pakaian seragam mereka yang serba hitam. Pakaian ini berharga hampir seratus ringgit satu. Pakaian ini banyak mendapat pujian daripada para perwakilan bahagian lain dan pemimpin parti termasuklah Datin Genevie Kitingan, isteri kepada Presiden Parti. Pakaian ini bersulam PBS dan BN dihadapan menandakan PBS komponen BN dan di bahagian belakang bersulam bendera PBS dengan slogan, PBS MEDIUM KEPERLUAN RAKYAT.

Senarai Perwakilan Bahagian:
Pn. Sabini Ansumor
En. Anduul Ekup
En. Anggoh Mayah
En. Dawat Baru
En. Florentius Alex
En. Marusim Paliton
En. Ansapi Pawan
En. Korom Rasam
En. Bunsilou Latif
En. Amat Ukab
En. Ambaris Enum

Senarai Perwakilan Pemuda:
En. Reno Bansat
En. Liansin Bunsilou
En. Rusih Ganang
En. Omar Ahamat
En. Udas Kuak

Senarai Perwakilan Wanita:
Pn. Senuwati Esui
Pn. Sabini Ansumor
Pn. Marta Sumayong
Pn. Sabin Ansumon
Pn. Tilinah Fung

Senarai Pemerhati:
En. Ansurung Arat
En. Martin Ansakoi

Kelihatan dalam gambar, para hadirin termasuk perwakilan dan pemerhati dari PBS Bahagian Kemabong menunggu giliran bersalaman dengan pemimpin idola PBS, YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Turut kelihatan dalam gambar ialah Datin Seri Genevie Kitingan.

Dalam pemilihan PBS Pergerakan Wanita, Pn. Sabini Ansumor, Ketua Bahagian Kemabong telah berjaya terpilih sebagai ahli Exco Pergerakan Wanita PBS Pusat. Beliau telah terpilih dari seramai 11 calon yang bertanding.

“Saya percaya bahawa enam calon yang tidak terpilih dalam pemilihan ini bukannya tidak berkelayakan atau bakat dalam memimpin, cuma sahaja nasib mereka belum sampai. Saya berharap mereka akan setia dalam parti dan pada masa akan datang cuba lagi. Berkaitan dengan tugas ini, saya percaya ini merupakan satu tanggung jawab yang perlu saya pikul dan laksanakan secara beretika dan dedikasi. Terima kasih atas kepercayaan semua.”

Berdasarkan visi beliau semasa berkempen ialah MEMANTAPKAN PBS KE AKAR UMBI. Kelihatan dalam gambar Pn. Sabini bersama dengan AMT, YB Jornah Mojihim dan AMT YB Anita Baranting. Mereka merupakan antara beberapa orang pemimpin wanita yang menjawat jawatan Ketua Bahagian yang giat memperjuangkan wanita demi untuk masa depan yang cemerlang di mana wanita dan lelaki perlu BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH, dalam PBS khususnya dan Malaysia umumnya.

“Saya telah mendengar perkembangan PBS di Kemabong dari semasa pengaktifan sehingga kini. Kini saya berdepan mata dengan pemimpin bahagian ini sendiri (Pn. Sabini), saya berpendapat pentadbiran puan sangat efektif dan semoga PBS bahagian kemabong mendapat perhatian kalangan pemimpin pusat.”

Komen daripada YB Anita Baranting ini sangat mengujakan para perwakilan dan mereka berpendapat PBS Kemabong berada pada track yang betul.

Ketua Pergerakan Wanita Pusat, Datuk Jamilah Sulaiman ketika mengulas berkaitan kemenangan Pn. Sabini mengucapkan tahniah dan semoga dapat bekerjasama dalam memantapkan PBS terutamanya pergerakan wanita. Sebahagaian yang turut ada menghantar SMS mengucapkan tahniah dan sedikit nasihat ialah Ybhg OKK William Majibon, Ybhg Almuddin Kaida, Datuk Ak Alimuddin, Datuk Jahid Jahim, Datuk Raden Malleh, YB Datuk Yong Oui Fah, Ybhg Dr. Othman Minuddin, Ybhg, Marcellus Roman, Datin Angelinedan Datin Seri Panglima Genevie Kitingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: