Majlis Pendaftaran Kebajikan Masyarakat

Parti Bersatu Sabah Bahagian N.36 Kemabong akan mengadakan satu Majlis Pendaftaran Kebajikan Masyarakat yang melibatkan semua penduduk kampung di kawasan ADUN ini pada bulan Disember dan masih dalam perancangan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira jantina, keahlian parti politik dan kaum.

“Kita buka kepada semua yang berminat dan sebaiknya mempunyai kelayakan. Memang kita agak kabur siapa yang layak dan tidak, sebab itu kita jemput semua untuk hadir. Biarlah para petugas dan pegawai dari pejabat Kebajikan Masyarakat yang menentukannya.” Kata Puan Sabini Ansumor.

“Sering kali orang salah faham, apabila ini anjuran PBS maka ini khusus untuk ahli PBS. Sebenarnya pendapat itu salah. Majlis ini untuk semua, tak kira orang itu ahli PBS, UMNO, UPKO, SAPP, PKR dan sebagainya.”
Difahamkan bahawa idea untuk Majlis ini diilhamkan oleh YB Datuk Hebert Timbon Langadon, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal=Ehwal Pengguna Sabah. “Saya akan datang untuk bersama rakyat keranan ini baik untuk rakyat.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: