Mesyuarat Agung Tahunan N.32 Tambunan

Tambunan, 03 Oktober 2009: Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N.32 Tambunan menjadi tumpuan ratusan orang yang hadir sebagai perwakilan dan pemerhati. Mesyuarat ini menjadi tumpuan kerana pemimpin besar parti ini, YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah dan dalam masa yang sama merupakan Ketua Bahagian bagi N.32 Tambunan.

PBS Kemabong turut menghantar pemerhati yang diketuai oleh En. Anggoh Mayah (Naib 1). Turut menyertai rombongan berkenaan ialah En. Florentius Alex (Setiausaha), En. Korom Rasam (Pegawai Penerangan), Pn. Senuwati Esui (Ketua Wanita) dan Pn. Tilinah Fung (Bendahari Wanita). Kelihatan dalam gambar di atas ialah En. Anggoh (baju putih) dengan En. Korom (Baju batik).


Dalam ucapannya, Presiden telah memberikan sedikit sebanyak imput berkaitan perkembangan pemerintah Sabah dan hala tuju PBS. Perkembangan PBS sebagai parti tempatan tertua di Sabah yang kini mencecah 24 tahun menunjukkan PBS masih releven pada pandangan umum. Jesteru itu, sebagai sebuah parti yang dinamik, PBS perlu juga memastikan pemimpin terus mementingkan perjuangan parti dan berusaha memenuhi keperluan rakyat.

Menurut En. Anggoh, ucapan Datuk Presiden mencerminkan bahawa pemimpin berkenaan peka akan keperluan rakyat Sabah dan beliau percaya Datuk Presiden masih berupaya memimpin PBS menjadi satu parti yang produktif dan diterima ramai.

En. Korom pula berpendapat bahawa pengumuman Datuk Maximus untuk tidak bertanding merebut jawatan Presiden mencerminkan bahawa PBS tidak akan mengalami pergolakkan dalam masa terdekat ini dan berdoa semoga para pemimpin PBS menumpukan usaha untuk memantapkan parti.

Pn. Senuwati pula tertarik dengan kenyataan Presiden berkaitan dengan 1 PBS yang bakal dilancarkan pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS pusat. Menurutnya, PBS menghadapi cabaran hebat daripada parti lain yang turut menambah keahlian. Walaupun begitu beliau percaya jika ada sokongan padu dari PBS pusat seperti penyertaan pemimpin dalam merasmi dan bantuan kewangan, PBS Kemabong akan mampu mengandakan jumlah keahliannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: