Majlis Pertandingan Memasakan Masakan Tradisional Murut/Lundayeh

Sabtu, 31 Oktober 2009: Meskipun berhadapan dengan cuaca yang awalnya hujan, Majllis Pertandingan Memasak Masakan Tradisional Murut/Lundayeh yang diadakan di Kampung Abul tetap diteruskan meskipun dalam keadaan bekalan elektrik yang terputus selama lebih kurang satu setengah jam.

YB Datuk Herbert Tigadon, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna (Naib Presiden) yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri (Presiden) yang tiba ketika bekalan elektrik terputus terpaksa berada dalam keadaan sedemikian selama lebih kurang 30 minit. Majlis berkenaan terpaksa diadakan dalam ucapan manual.

Walau bagaimanapun, semanggat kental para pengunjung dan peserta serta tetamu dari Pusat berkenaan nampaknya tidak pudar sebaliknya acara berjalan dengan baik.


Menurut YB Datuk Herbert, PBS sebagai salah satu parti komponen BN sangat komited untuk memastikan rakyat yang diwakili mendapat pembelaaan sewajarnya. Adalah tidak benar, sebarang peruntukkan berkaitan kebajikan rakyat hanya dapat diperolehi menerusi parti komponen tertentu sahaja. “Semua rakyat Sabah yang layak boleh mengemukakan permohonan dan mereka berhak memperolehinya jika memenuhi syarat”.
Ketika mengulas berkaitan dengan makanan tradisional, YB Datuk Herbert menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh PBS Bahagian yang berusaha untuk mencungkil pengetahuan serta mengetengahkan keunikan masakan tradisi. “Ramai yang tidak tahu bahawa seseungguhnya sedah banyak jenis masakan tradisional yang mulai luput. Masakan yang sedap-sedap serta mudah disediakan sekarang sebenarnya ada yang mengancam kesihatan kita. Tidak hairanlah akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, diabetis serta darah tinggi.”

Makanan tempatan seperti tupai kini sukar diperolehi. Tupai misalnya dijual dengan harga RM30.00 seekor namun permintaan tidak dapat dipenuhi di bandar-bandar. Jeruk seperti daging dan ikan pula tidak lagi diketahui ramai cara menyediakannya. Beliau berharap, akan ada usaha pihak tertentu cuba untuk membukukan pengetahuan berkaitan msakan tradisional suku kaum Murut dan Lundayeh ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: