Permohonan Peruntukan atau Sumbangan

Pn. Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.36 Kemabong ketika dihubungi memaklumkan bahawa Bahagian berkenaan banyak menerima pertanyaan dan permohonan dari segenap lapisan masyarakat. Setakat ini sahaja beberapa gereja telah meminta sumbangan seperti Gereja SIB Kg Kalamatoi Baru yang memohon sumbangan untuk kegiatan Persatuan Muda-Mudi (PMM). Majlis gereja yang sama telah memohon sumbangan bagi tujuan pembinaan Dewan mini (sebelum ini dikenali sebagai Dewan Makan).Kedua-dua permohonan berkenaan telah disemak dan sedikit sumbangan guna meringankan beban telah diberikan oleh Ketua Bahagian.

Menurut En. Megah, sumbangan sebanyak RM100 bagi kegiatan PMM itu lebih baik ada daripada tidak ada. En. Anggoh pula merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan KB sebanyak RM200 untuk pembinaan Dewan. Memang jumlah itu kecil namun cukup mengambarkan PBS peka dengan keperluan rakyat.

Permohonan juga datang dari cawangan-cawangan yang mana jemaahnya datangnya dari Gereja SIB Tinura, SIB Mailo, SIB Katambalang Baru, SIB Kungkular dan SIB Abul. Ini tidak termasuk permohonan bagi pembinaan atau pembaikan infranstruktur seperti Rumah Kebudayaan (Kg. Pamaluyan), jalanraya (Mukim Bekuku, Kg. Bangkulin, Kg. Kaang dan Kg. Mahunsop), tandas (Kg. Abul dan Kg. Pamaluyan) dan jembatan (Kg. Alutok dan Kg. Mailo) serta empangan (Kg. Bakuku).

Malangnya banyak permohonan berkenaan disampaikan secara lisan atau tidak menerusi surat yang rasmi. Jesteru itu, Setiausaha Bahagian memohon jasa baik pihak berkenaan dan yang inginkan perhatian pada masa akan datang untuk membuat permohonan rasmi secara bertulis.

Menurut Pn. Sabini, PBS komited dengan keperluan rakyat. Malangnya PBS di bahagian berkenaan baru diaktifkan semula. Beliau berharap sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional, akan ada peruntukan bersalur dari ADUN, YB Datuk Rubin Balang dan AP, YB Raime Unggi.

En. Julius Suab berharap PBS akan diberikan peruntukan bersalur untuk parti komponen. Menurutnya, PBS sebagai salah satu parti komponen yang seiring dengan UMNO perlu diberikan perhatian dan sokongan kerana parti ini mampu membantu BN menang besar dalam sebarang pilihanraya. Ini bukan bermakna UMNO tidak kuat, namun lebih baik parti komponen lain digembleng bersama dalam memastikan kemenangan BN dan bersama-sama berkhidmat untuk rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: