PBS Kemabong Komited Kepada BN

Parti Bersatu Sabah (PBS) komited dengan Barisan Nasional (BN). Jawatankuasa Bahagian Kemabong parti ini yang diterajui oleh Pn. Sabini menyatakan ikrar untuk terus mendukung konsep BN dan akan membantu BN memenangi sebarang pilihanraya yang diwakili oleh mana-mana parti komponen BN.

Menurut beliau, sememangnya penduduk di Sabah khususnya di kawasan Kemabong masih dahagakan pembangunan dan berpendapat bahawa penyertaan PBS dalam memancu pembangunan dan membawa wadah perjuangan rakyat sebagai releven. Jesteru itu, PBS menurutnya percaya menerusi BN, hasrat untuk menjaga keperluan rakyat itu akan menjadi kenyataan.

Beliau tidak menolak realiti di mana masih ada penduduk yang tidak dapat menerima ideologi satu parti. Ini kerana menurutnya, masih banyak yang perlu diselaraskan atau dimurnikan oleh mana-mana parti di Malaysia baharulah amalan satu parti itu boleh diterima pakai. Sebagai contohnya, PKR dan UMNO tidak dapat diterima oleh semua rakyat maka masih ada kecenderungan rakyat untuk menyertai parti lain seperti MIC, PAS dan PBS.

Meskipun begitu, parti-parti gergasi di Malaysia ini tidak akan dapat bertahan jika tidak membentuk pakatan yang kukuh seperti BN. Sejarah telah menunjukkan bahawa BN bertahan sehingga kini kerana adanya sokongan kukuh pelbagai parti yang bernaung di bawah BN sebagai parti komponen. Jesteru itu, beliau percaya PBS masih diperlukan dalam BN dan berharap BN di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak akan terus menjaga hubungan akrab dan memelihara hubungan dan kerjasama erat yang sedia terjalin di kalangan parti komponen yang berjaya direalisasikan sehingga kini.

Mengulas tentang khabar angin mengatakan akan wujud sikap dominan parti komponen tertentu dalam BN yang akan menganak-tirikan PBS dan parti komponen yang lain, beliau menganggap khabar berkenaan sebagai gimik politik pihak pembangkang. Walau bagaimanapun beliau menyeru agak semua parti dan pemimpinnya mengamalkan ‘budaya menang-menang’ dalam BN serta berdoa BN akan terus memerintah dan PBS terus diterima-pakai sebagai medium kestabilan politik, pemangkin pembangunan menerusi peruntukan yang adil dan tunggak kekuatan BN pada masa akan datang.

Akhir sekali beliau menyeru agar semua rakyat akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN khususnya PBS memandangkan sumbangan dan kestabilan yang terbukti kukuh. BN dibawa pimpinan UMNO ternyata mempunyai wawasan di mana kepentingan rakyat menenrusi konsep 1 Malaysia: pembangunan didahulukan, rakyat didahulukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: