MAJLIS MERIAH DI KEMABONG


Tinggal beberapa hari lagi, Kampung Abul di Kemabong akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Murut/Lundayeh yang dianjurkan oleh PBS Kemabong dan dilaksanakan oleh Pergerakan Wanita parti berkenaan.

Pn. Senuwati Esui ketika dihubungi oleh Editor Blog ini memaklumkan persediaan sempena hari berkenaan sedang giat dilakukan. Menurutnya, gotong-royong membersih dan memunggut kayu api akan diadakan esok (21 Oktober 2009) dimana semua Ahli Jawatankuasa terbabit akan turut bersama.

Menurut En. Korom, Pegawai Penerangan Bahagian mengakui bahawa beberapa aktiviti berunsur tradisional turut diselitkan seperti pertandingan gusti tangan, pertandingan menyumpit dan pertandingan karaoke lagu tempatan. Jesteru itu dia menyeru penduduk kampung yang berminat agar hadir memeriahkan majlis berkenaan. Bagi penduduk yang ingin mengikuti pertandingan Karaoke dikehendaki membawa cd karaoke sendiri. Lantaran itu jika ada yang inginkan maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengannya di telefon 0138529487 atau En. Anduul (0135559613), En. Anggoh (0135576921) dan Pn. Senuwati (0195876199).

Pn. Sabini, Ketua Bahagian ketika dihubungi mengalu-alukan penyertaan semua penduduk di N.36 Kemabong tanpa mengira jantina, kaum dan keahlian parti.”Acara ini baik untuk penduduk khususnya kaum Murut dan Lundayeh. Tidak ada siapa yang akan mengenal budaya tradisi kita tanpa kita sendiri mengetengahkannya. Dalam masa yang sama kita mampu mempelajari selain merasai sendiri masakan tradisi yang sebahagiannya mulai pupus.”Apabila ditanya sama ada acara seumpama ini akan dijadikan sebagai acara tahunan, beliau menyerahkan kepada ahli jawatankuasa untuk memutuskannya. Menurutnya, jika sambutan majlis ini mengalakkan sudah tentu ianya akan mempengaruhi pihak penganjur.

Dalam masa yang sama, Pn. Sabini melahir melahirkan rasa bersyukur dan berbangga dengan semua kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur dan pelaksana.

“Mereka bagaikan adik-beradik yang akrab dan satu hati serta tenaga. Mereka nampak kekurangan dari segi kewangan namun mereka rela menyumbang wang dan tenaga. Saya percaya mereka melakukan ini kerana sayangkan tradisi sendiri. Semasa majlis berkenaan, kita juga mahu menjemput YAB Datuk Pairin sebagai Huguan Siou untuk merasmikannya. YB Datuk Raden juga kita ingin jemput termasuk para ketua kampung sebab mereka ini adalah pemimpin tradisi kita.”


En. Dawat yang merupakan Naib 2 Bahagian pula yakin bahawa acara seumpama ini merupakan peluang berharga yang harus digunakan sebaik mungkin. Beliau bercadang menampilkan keunikan pakaian kaumnya yakni kaum Lundayeh. Kalau ini berjaya, tentulah keunikan setiap kaum berkenaan akan dapat dilihat dan dihayati. Cadangan beliau ini mendapat sokongan ramai namun setakat ini belum ada keperluan untuk mengarahkan peserta wajib memakai pakaian tradisi masing-masing.

En. Anggoh pula memuji kesanggupan Ketua Bahagian yang hadir ke mesyuarat (17 Oktober 2009) meskipun masih berpantang kerana bersalin pada 6 Oktober 2009 di Hospital Keningau.

“KB ada memaklumkan kepada kita bahawa dia akan terus memberikan khidmatnya selagi masih terdaya. Menurutnya, aktiviti ini adalah penting untuk kaum Murut dan Lundayeh dan dia tidak mahu terlepas peluang menjayakannya. ”

Semoga majlis berkenaan yang lebih berkisarkan kemandiran tradisi akan disemarakkan oleh semua lapisan masyarakat. Tahniah kepada penduduk Kemabong yang cintakan tradisi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: