Bicara kita: Mencari rezeki berlipat

Seorang rakan berbangsa Cina memberitahu saya:

“Jika orang meminta ikan, jangan berikan dia ikan. Ajar dia cara memancing ikan.”

Pada dasarnya apa yang beliau nyatakan itu sangat tepat sekali. Jika kita sering memberikan seseorang itu apa sahaja yang dia hajati, tentu sekali dia tidak mempunyai kecenderungan untuk berusaha untuk mendapatkannya. Cuba bayangkan berapa lama sahaja ikan seekor dua itu bertahan. Silap-silap sekali masak dan sekali hidang sahaja sudah habis. Apakah akan berlaku jika ikan itu habis? Agaknya dia akan mendatangi kita semula dan memohon diberikan ikan. Jika ini berlaku, kita terus akan menjadi pihak pemberi dan orang berkenaan akan menjadi penerima.

Tahukah anda bahawa pandangan majoriti masyarakat mengatakan:

“Tangan yang memberi, lebih mulia dari tangan yang menerima.”

Berdasarkan petikan di atas, kita mendapati bahawa orang yang memberi itu lebih mulia daripada orang yang menerima. Ini bermaksud orang yang sering meminta itu tidak sempurna kehidupannya. Umumnya orang beranggapan bahawa orang yang kuat meminta itu adalah orang yang tidak berkemampuan, pemalas atau lemah. Jesteru itu, jika kita sering meminta atau mengharapkan belas kasihan maknanya kita ini belum terlepas dari anggapantidak berkemampuan, pemalas atau lemah. Adakah anda ingin dikategorikan seumpama itu atau inginkan dihargai dan dimuliakan?

Seandainya anda diberikan bertemu situasi berikut:

“Berawas selalu, jika ada peluang tiba, rebut peluang itu. Jangan fikir adakah anda bersedia, sebaliknya siapkan diri agar anda mampu merebut peluang itu.”

Sedari kecil kita sebenarnya dipersiapkan untuk mengenalpasti peluang dan merebutnya. Malah dari masa ke semasa, kita sendiri mengenalpasti potensi diri dan berusaha meningkatkan persediaan diri. Peluang datang tanpa diumumkan lebih awal. Ianya kadangkala datang tanpa disangka dan pergi tanpa kembali jika kita melepaskannya. Jesteru itu, apabila peluang datang, rebut peluang itu selepas berfikir baik dan buruk. Ingatlah, kadang kala kita tidak bersedia, namun jika kita gandakan usaha, lambat laun kita akan bersedia dan mampu merebut peluang berkenaan.

Kesilapan selalu dilakukan orang ramai:

“Menjual maklumat terhad akhirnya mengemis pada pembeli maklumat.”

Satu kesilapan yang sering dilakukan ialah merasa diri sangat bertuah kerana lebih tahu berbanding orang lain. Individu ini seumpama tempayan yang berisi emas dan permata. Apabila menyedari dirinya ada kelebihan, mulalah dia menunjuk-nunjuk atau ‘buzy body’, dan akhirnya emas dan permata dikaut orang tanpa sendiri menikmati harta berkenaan. Ada orang tahu di mana mendapat rezeki, namun kerana lalai dan serakah maka orang lain yang merampas rezeki berkenaan. Jadi apakah maknanya nasihat ini? Belajarlah memberi ketika perlu. Belajarlah menyimpan ketika perlu. Belajarlah menggunakan ketika perlu.

Sering kedengaran ungkapan berikut:

“Biarlah aku menjadi lilin untuk menerangi sekeliling.”

Sangat mulia hajat berkenaan. Jika anda dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain tetapi anda sebaliknya hidup dalam kesempitan atau kemurungan, anda telah bertindak secara kurang siuman. Ingatlah situasi yang paling baik ialah ‘situasi menang-menang’. Gembirakan orang lain sehingga anda juga gembira atau jika anda dalam keadaan gembira, bawalah orang disekeliling anda merasai kegembiraan.

Anda telah belajar bahawa:
1. Mengajar memperolehi rezeki itu baik.
2. Sikap memberi itu baik.
3. Sikap bergantung atau meminta itu tidak baik.
4. Adalah baik sentiasa mempersiapkan diri dalam semua segi.
5. Pertimbangkan dengan baik dan rebut peluang jika ada.
6. Adalah baik mengusahakan diri bersedia merebut peluang yang wujud.
7. Tidak baik menghebohkan peluang jika ada terutamanya jika peluang itu terhad dan berguna untuk sendiri.
8. Usahakan agar anda tidak merugikan diri hanya kerana kebaikan orang lain.

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: