Sakit bukan penghalang berpolitik

“BUKAN saya mahu sakit macam ni. Sudah bertahun saya berubat namun masih belum membuahkan hasil yang memuaskan.” Begitulah keluhan yang diluahkan oleh Encik Masirin Antikoh, AJK Bahagian PBS N.36 Kemabong yang baru terpilih dalam pemilihan baru-baru ini. Beliau sedang menghidap penyakit gaut dan kemusnahan tisu sendi kaki yang kritikal.

Baru-baru ini beliau telah pergi ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Queen Elizabeth. Dalam pertemuan tersebut, doktor pakar mengesyorkan agar beliau menjalani pembedahan sendi. Kos perubatan akan ditanggung oleh pihak PERKESO.

“Saya tidak yakin dengan keupayaan sembuh selepas pembedahan itu. Saya ada mendengar ada pesakit yang tidak sembuh sebaliknya meninggal” Kata beliau dengan nada yang sayu.

Isteri beliau pula telah memaklumkan bahawa pihak majikan telah mengeluarkan satu surat bertujuan untuk menamatkan perkhidmatan beliau berikutan cuti yang melebihi jumlah yang dibenarkan. Menurut surat yang ditunjukkan kepada Editor, Encik Masirin diberi peluang untuk mengambil pencen awal.

Encik Masirin bekerja sebagai pengawal keselamatan di Ladang Sapong, Tenom dan telah bekerja di sana selama beberapa puluh tahun. “Kalau saya ditamatkan perkhidmatan, nampaknya saya kena balik kampung. Tidak ada apa yang dapat saya lakukan di sana kelak” katanya.

Apabila ditanya dengan jawatan yang disandang oleh beliau, beliau menyatakan ikrar untuk terus berkhidmat kepada parti. “Saya akan terus berkhidmat selagi tenaga dan kemampuan saya diperlukan”.

Ketua Bahagian, Puan Sabini Ansumor ketika melawatnya telah menghulurkan derma sebanyak RM100 guna mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Encik Masirin. “Saya dapat makluman bahawa dia tidak diberikan gaji jika tidak hadir bekerja. Ini tentu sekali menambahkan penderitaan beliau sekeluarga. Walau bagaimanapun kita memang tahu prosedur syarikat. Apa yang dapat kita bantu, kita akan bantu. Kita juga berharap beliau akan sembuh”.

Editor: Sesiapa yang ingin membantu boleh berhubung terus dengan beliau ditalian 0195341005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: