Pertandingan Persembahan/Kesaksian sempena Krismas dan Tahun Baru

PBS Kemabong akan menganjurkan satu Pertandingan Persembahan sempena Krismas dan Tahun Baru yang akan diadakan di Gereja SIB Kg. Kalamatoi. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua gereja Kristian seperti Gereja SIB, RC, GYB, Calvary, Anglican dan Basel. Penyertaan gereja atau sidong-sidong adalah terbuka. Pertandingan ini dikelolakan oleh Pergerakan Wanita PBS Bahagian dengan kerjasama pihak Gereja SIB Kg. Kalamatoi.

Antara objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk hubungan erat dan muhibah di kalangan rakyat N. 36 Kemabong. PBS Kemabong percaya inilah peluang bagi rakyat khususnya kalangan penganut agama menyampaikan kreativiti dan keunikan masing-masing serta memperkukuhkan semanggat perpaduan dan meningkatkan kesedaran rohani.

Tarikh: 28 Disember 2009 Masa: 7.30 pagi hingga 10.00 malam Tempat: Gereja SIB Kg. Kalamatoi

Cadangan Pengadil: 1 pastor Calvary, 1 pastor Basel, 1 pastor Anglican, 1 Father RC, 1 pastor SIB dan Ketua Pengadil ialah Ketua SIB Kawasan Kemabong.

Hadiah: Pertama RM300, Kedua RM200, Ketiga RM100, 4 sagu hati setiap satu RM50.

Syarat pertandingan:

Minima 7 orang dan maksima 20 orang. Persembahan sama ada dalam bentuk nyanyian, koir, lakunan dan sebagainya. Maksima tempoh persembahan ialah 25 minit. Mesti bertemakan Krismas dan Tahun Baru. Pihak penganjur hanya menyediakan set drum di gereja. Makanan dan minuman serta kos pengangkutan ditanggung sendiri oleh pihak gereja masing-masing. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Syarat lengkap dan borang permohonan boleh diperolehi dari En. Megah Intung 014-8519513, Pn. Senuwati Esui 019-5876199, Pn. Maslin Tiang 013-5417200, Pn. Talina Fung 016-8494203 serta melalui pastor gereja masing-masing.

1 Comment

Adakah acara ini di benarkan menurut perlembagaan SIB ? Apakah pihak pusat SIB di maklumkan tentang pertandingan ini ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: