Pertandingan Persembahan Sempena Natal dan Tahun Baru

Dalam mesyuarat kali pertama PBS Bahagian yang berlangsung pada 5 September 2009, Mesyuarat telah sepakat untuk menjadi penganjur kepada pertandingan berkenaan di mana terbuka kepada semua gereja pelbagai dinominasi dari Bahagian N.36 Kemabong.

Tarikh: 18 Disember 2009 (Jumaat)

Tempat: Gereja SIB Kalamatoi atau Gereja SIB Abul.

Berikut ialah syarat penyertaan:

1. Bilangan peserta antara 7 hingga 20 orang.

2. Persembahan dalam tempoh maksima 30 minit.

3. Mesti bertemakan Natal atau Tahun Baru atau gabungan.

4. Persembahan boleh dibuat dalam bentuk lakonan, nyanyian koir, nyanyian kesaksian, atau gabungan.

5. Pemenang berdasarkan kreativiti yang memberkati pengadil.

6. Tidak menyentuh sensitiviti seperti dinominasi, agama lain, kaum, politik atau individu tertentu.

Had-had dan kapasiti pertandingan:

1. Pihak penganjur tidak menyediakan claim tambang atau pengangkutan peserta.

2. Pihak penganjur tidak menyediakan makanan atau minuman kepada peserta.

3. Pihak penganjur tidak terikat untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan kemalangan atau pertingkaian semasa atu dalam perjalanan pergi dan balik pertandingan.

4. Pihak penganjur akan menyediakan hadiah hanya bagi perkara berikut:

Pertama: RM300.00 dan piala

Kedua: RM200.00

Ketiga: RM100.00

4 sagu hati: RM50.00

5. Makanan dan minuman ada dijual kepada peserta dan penggunjung yang disediakan oleh Persekutuan Kaum Ibu Gereja yang akan menjadi tuan rumah.

6. Tidak ada acara sembahyang dibuat.

7. Penginapan berupa Rumah Kebudayaan akan disediakan bagi pasukan yang memerlukan tetapi makanan dan minuman ditanggung sendiri oleh pasukan berkenaan.

Dapatkan borang penyertaan atau keterangan lanjut daripada En. Anggoh Mayah 0135576921, Pn. Senuwati Esui 0195876199, En. Korom 0138529487.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: