Perutusan Ketua Bahagian

Salam Bersatu kepada semua ahli PBS Bahagian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah karunianya akhirnya PBS Bahagian Kemabong dapat diaktifkan. Dalam usia setahun jagung ini, ingin saya menegaskan kepada semua ahli agar bersatu hati dan komited kepada perjuangan parti. Jesteru itu, marilah kita menjauhkan dendam dan hasad dengki. Yang kalah dan yang menang hendaklah melihat ini sebagai lumrah pertandingan. Ada kalah dan ada menang.

Dengan kata lain, hendaklah kita melihat PBS ini sebagai satu rumah di mana kita bernaung dan hidup sebagai satu keluarga. Lantaran itu, jika ada sebarang masalah maka sepatutnya kita selesaikan dengan penuh tolak-ansur dan kasih-sayang. Janganlah kita berfikir untuk jangka pendek semata-mata, sebaliknya berfikirlah secara jangka panjang, demi untuk kebaikan parti dan keperluan masa depan semua kita, Rakyat Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan.

PBS Kemabong komited dengan ikrar PBS. Maka dengan yang demikian, kita hendaklah mementingkan keutuhan dalam parti dan setia serta akur kepada pemimpin parti. Kita tidak mahu dipertingkaikan kesetiaan kepada parti dan dalam masa yang sama kita ingin menyumbang kepada kesejahteraan dan kestabilan parti khususnya dan negeri umumnya.

Sehubungan dengan itu, kita hendaklah memandang Barisan Nasional sebagai rakan seperjuangan yang akrab dan saudara seperjuangan yang setia. Lantaran itu, kita akan komited kepada perjuangan dan kerjasama dalam BN. Bertitik tolak dengan pendirian ini, kita akan memainkan peranan kita sebagai rakan sebarisan. Kita tidak akan mengkhianati rakan BN dan mengharapkan agar kerjasama BN-PBS membawa kemakmuran sosio-ekonomi dan kestabilan politik di Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Terlalu banyak khabar-khabar angin yang bertiup berkaitan dengan politik di Sabah termasuk juga di Bahagian Kemabong. Ini termasuklah usaha sesetengah pihak untuk melaga-lagakan parti komponen BN. Perkembangan ini hendaklah tuan-tuan dan puan-puan nilai dari aspek politik sebagai asam dan garam. Sebarang propaganda dan pernyataan yang tidak mencerminkan tujuan dan objektif PBS dan BN hendaklah diketepikan. Jesteru itu, janganlah kita atau pemimpin-pemimpin cepat melatah. Hendaklah kita ingat bahawa yang mengambil keputusan berkaitan parti dan hala tujunya bergantung kepada pemimpin pusat parti. Kita mengekor sahaja dan ada baiknya kita memainkan peranan kita dan biarlah para pemimpin BN dan PBS memainkan peranan mereka di peringkat tugas mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Cabaran paling utama bagi kita selepas berjaya mengaktifkan bahagian ini ialah berusaha untuk memenuhi manifesto yang telah kita wal-walkan. Manifesto ini bukan janji mulut dan gula-gula semata-mata sebaliknya satu tanggung-jawab yang wajib dipikul dan cuba dikotakan. Meskipun kita sedar ada antara manisfesto itu agak sukar untuk dicapai namun keprihatinan dan kesedaran tuan-tuan dan puan-puan sangat membantu kami di peringkat pentadbiran. Usaha mencapai manifesto ini ada yang memerlukan masa, ada yang memerlukan kewangan, ada yang memerlukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Namun kita mahu tuan-tuan dan puan-puan tahu bahawa PBS bahagian ini sangat prihatin kepada rakyat dengan mengambil pendekatan pembaharuan diutamakan, rakyat didahulukan. Apa yang mustahak ialah kita mengukur pencapaian pentadbiran sekarang ini dengan membandingkan dengan pencapaian pentadbiran sebelum ini yakni di era 2006 hingga 2009. Jika pencapaian pentadbiran sekarang lebih baik dari era tersebut maka PBS Kemabong telah ada pembaharuan. Dan saya bercaya tuan-tuan dan puan-puan sebagai rakyat mahukan pembaharuan.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Dalam ucapan perasmian AGM kita pada 28 Ogos lepas, Naib Presiden Datuk Michael Asang ada menyentuh berkaitan dengan isu politik wang. Saya menyokong penuh kenyataan agar kita menjauhi politik wang. Menggunakan wang dalam berpolitik adalah satu perilaku yang tidak sihat. Politik wang ini dianggap sebagai rasuah. Jika ditangkap maka boleh didakwa di Mahkamah dan jika sabit boleh dihukum. Apa yang merisaukan, jika tidak dibendung akan menjadi darah daging sehingga kita khuatir boleh menjejaskan ketahanan nasional dan memberi impak negatif kepada kita di belakang hari nanti. Jesteru itu, marilah kita kembali kelandasan sebelumnya di mana kita mengenepikan amalan tidak sihat ini. janganlah kita dianggap oleh sesetengah pihak sebagaimana kenyataan seorang bekas menteri suatu ketika dahulu yang mengatakan, “Orang Dusun senang disusun, Orang Murut senang diurut. Tabur sahaja sardin berbaris mengundi”

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sebelum saya mengakhiri perutusan ini, cuba renungkan pantun berikut:

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Mari berkelah sebelah Melalap , masuklah hutan banyak koluoi. Jika ada salah dan silap, jangan disimpan di dalam hati.

Sekian. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: