Ucapan Penutupan AGM Bahagian N.36 Kemabong

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Selamat petang dan salam damai saya ucapkan kepada YB Datuk Seri Panglima Michael Asang selaku Naib Presiden PBS; YB Datuk Raden Malleh selaku Setiausaha Agung PBS merangkap Pengerusi Penyelaras; YB Johnny Masitun Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Wakil dan Pemerhati dari MT dan bahagian PBS yang lain; En. Balasius Masuning selaku Pemimpin Kemajuan Rakyat N.35 Melalap; En. Saimon Mamat selaku Setiausaha Penyelaras Penyusunan N.36 Kemabong, AJK-AJK Penyelaras; En. Reno Bansat selaku Ketua Pemuda; dan Pn. Senuwati Esui selaku Ketua Wanita N. 36 Kemabong; Ketua-ketua Cawangan, para perwakilan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekali.

Pertama-tama saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan kepada saya dan barisan yang terpilih mengemudi bahagian ini bagi sesi 2009-2012. Sesungguhnya mandat dan kepercayaan ini bukan satu perkara remeh sebaliknya merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan hati yang tulus dan amanah. Jesteru itu saya menyeru semua Ahli Jawatan kuasa yang terpilih agar komitmen terhadap tanggung jawab yang dipikul dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan kasih dan Rahmat-Nya, kita berjaya berkumpul dan seterusnya mengaktifkan PBS bahagian ini. Semua ini bukan usaha seorang individu sebaliknya hasil kolektif semua ahli. Ini menunjukkan PBS masih mendapat sokongan rakyat dan releven dengan keperluan rakyat Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Saya berharap PBS yang baru aktif ini mendapat kerjasama semua ahli. Saya menyeru semua ahli agar melupakan persengketaan dan perbezaan pendapat yang terbit hasil pertandingan sebelum ini. Inilah masa di mana semua ahli bersatu padu dan saling bekerjasama memulihkan nama baik parti serta merealisasikan matlamat dan objektif perjuangan parti dalam usaha memenuhi keperluan rakyat Sabah.

Pertandingan yang sebentar tadi telah berakhir hanya satu pertandingan dalam keluarga. Jesteru itu, sebagai satu keluarga marilah bersama-sama bersatu untuk kebaikan bersama demi untuk kebaikan masa hadapan rakyat Sabah.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sukalah saya menyeru agar pihak pimpinan PBS pusat menjadikan PBS Kemabong ini sebagai anak angkat. Melalui pendekatan ini, bahagian ini akan mendapat suntikan semangat dan seterusnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahagian-bahagian yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sebagai ahli parti komponen BN, PBS bahagian ini komited kepada semanggat BN. Kita percaya, PBS perlu menjaga kerjasama dengan BN khususnya demi untuk agenda kebaikan rakyat Kemabong.

Maka dengan yang demikian saya ucapkan ribuan terima kasih dan rasa beryukur menangguhkan Mesyuarat Agung ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sebelum saya mengakhir ucapan maka saya perdengarkan sajak yang selalu kami bacakan selama penyusunan ini dilaksanakan sebagai santapan dan renungan minda:

Sajak: Bersatu Dari Desa, Kepada Desa, Kerana Desa

Desa terpencil

Desa kelahiran ku

Meniti waktu mencatat memori

Melihat sejarah terus diukir

Pahit dan manis, tawa dan duka

Lihatlah hai saudara ku

Pengorbanan watan berhati telus

Merintih dalam harapan

Ah!

Terlenakah aku?

Atau

Lalaikah aku?

Meneri dalam buaian

Hai anak desa bumi tercinta

Putera-puteri bangunlah

Mari bersama menyusuri denai-denai desa

Usah takut akan onak dan duri

Usah melatah dengan pacat dan keluoi

Laungkanlah hai seruoi

Laungkan lantang suara hati

Aki Arus dan Robert Kwok dan Mat Salleh

Pahlawan desa, bumi Sabah

Kunci kami dengan kesetia-kawanan mu

Bersatu… Pahaka

Bersatu dalam naungan Barisan Nasional

Bersatu menyeru pembangunan desa

Bersatu menuntun desa tercinta

Merawat luka desa terpencil

Dengan muka tidak tunduk, harga diri tidak tidak tergadai

Marilah sekalian hadirin bangkit berdiri kita laungkan tiga laungan keramat

Bersatu! Bersatu! Bersatu!

Sekian dan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: