Menjelang pemilihan

Penyusunan Parti Bersatu Sabah Bahagian Kemabong kini berada diambang akhir. Penyusunan ini melibatkan pengaktifan semua keahlian lama, pengambilan keahlian baru dan pembentukan jawatankuasa. Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak disertai dengan pengorbanan masa dan juga tenaga.

Apakah tujuan penyusunan ini? Adakah hanya untuk memastikan keberlangsungan PBS atau lebih daripada itu bertujuan untuk menjadi platform untuk kestabilan politik serta memenuhi keperluan rakyat yang dahagakan perhatian kerajaan?

Kita melihat bahawa majoriti penduduk yang menjadi ahli PBS kini memerlukan barisan jawatankuasa yang baru yang diberikan peluang untuk mentadbir PBS bahagian ini agar sebaris dengan rakan lain di bahagian lain.

Terdapat kegelisahan kalangan calon bertanding bahawa akan wujud usaha individu tertentu mengambil pendekatan sonsang. Ada pemerhati politik meramalkan akan wujud politik wang selain taktik ugutan. Tidak kurang juga pihak meramalkan akan ada pihak cuba mengagalkan calon atau perwakilan dengan cara membuat ‘claim keahlian parti lain’.

Namun kita percaya pengundi PBS bahagian ini semakin matang dan tahu membezakan baik dan buruk. Perkataan seorang bekas menteri yang berkata, “Orang Dusun senang disusun dan orang Murut senang diurut. Tabur sahaja tin Sardin berbaris mengundi…” tidak tepat dan tidak akan dianggap bermaruah dewasa ini. Sama-samalah kita lihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: