Berubah untuk berbuah

Baru-baru ini semasa sesi taklimat bagi Mukim Bakuku yang dihadiri oleh 9 cawangan bertempat di Rumah Kebudayaan Kg. Bakuku tibul satu cerita. Ini kisah tentang sebuah kebun buah-buahan yang subur dan sangat mengiurkan hasilnya. Banyak binatang-binatang bertandan ke kebun berkenaan.

Maka tersebutlah cerita berkaitan dengan seekor musang. Musang ini ingin menangkap binatang dan membaham binatang yang sering mencari makan di kebun berkenaan. Malangnya usahanya sering gagal. Jesteru itu, dalam keadaan marah, musang berkenaan berikrar untuk membakar kebun berkenaan.

Musang itu pun mencari jalan bagaimana dapat mengotakan niatnya. Kebetulan dia terjumpa dengan ungun api pemburu yang sedang tidur. Musang itu pun mengambil sepuntung kayu api dan mengikatnya ke hujung ekornya. Lantaran itu dalam keadaan gembira, dia pun berlari ke kebun itu. Sambil melompat-lompat kegembiraan dia pun menyalakan api sehingga kebun berkenaan terbakar.

Malangnya kerana terlampau gembira, musang terlupa membuang puntung api yang berada di ekornya. Akhirnya musang itu pun cacat kerana teruk terbakar.

Alkisah tersebutlah buah-buahan di kebun berkenaan. Semua buah-buahan terbakar meninggalkan dua buah. Satu daripadanya ialah buah yang ada di luar pagar iaitu buah cempedak. Satu lagi ialah buah yang selalu dibawa berlayar iaitu buah pisang.

Pemilik kebun berkenaan sangat sedih. Malang sukar untuknya mencari bibit. Dia melihat ada dua buah yang tinggal iaitu buah di luar pagar dan buah yang dibawa berlayar. Akhirnya dia pun menamam buah berkenaan. Buah berkenaan pun berbuah dan binatang-binatang pun kembali bertandan.

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, budi yang baik dibawa mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: