Taklimat pemilihan di sini-sana

Pada tanggal 15 Ogos 2009 yang lalu, satu sesi taklimat telah diadakan di Rumah Kebudayaan Kg. Bakuku. Dianggarkan seramai 90 orang telah hadir melibatkan calon bertanding, perwakilan dan penduduk kampung. Daripada 11 cawangan di mukim berkenaan, 9 cawangan telah berjaya menghantar perwakilan untuk mendengar taklimat berkenaan. Cawangan-cawangan yang hadir ialah dari Alutok, Kaang, Malulutut, Lalang, Bakuku, Ulu Tomani, Mahunsop, Sosopon dan Lohot.

Pn. Sabini mengucapkan ribuan terima atas kehadiran semua pihak. Beliau memberitahu para perwakilan bahawa taklimat ini penting demi untuk memastikan AGM yang bakal diadakan pada 27 Ogos ini dapat berjalan dengan lancar. Beliau turut menasihatkan semua perwakilan supaya melaksanakan kewajiban mengundi dan membuat pilihan yang tepat. Beliau turut menekankan pentingnya PBS dalam Barisan Komponen dan berharap dapat bekerjasama dengan parti komponen lain untuk kestabilan politik dan kebajikan rakyat.

Dalam ucapannya, En. Anggoh menasihatkan para perwakilan mengamalkan semanggat kekeluargaan. Menurutnya dalam sebarang pertandingan pasti akan wujud pihak yang kalah atau menang. Dia menyeru semua pihak yang kalah agar jangan menyertai pembangkang.

En. Marusim dalam ucapannya mengingatkan semua ahli perwakilan agar memastikan tidak wujud pertindihan keahlian dalam parti. Menurutnya, tidak wujud paksaan untuk penduduk masuk keahlian PBS. Jesteru itu, penduduk hendaklah mempertimbangkan keahlian mereka semasak-masaknya jika ingin menyertai PBS. Menurutnya, adalah baik penduduk menyertai mana-mana parti komponen dan menolak pembangkang.

Dalam Taklimat berkenaan, beberapa perkara teknikal berkaitan pemilihan telah disampaikan. Antara isi kandung talimat ialah berkaitan syarat menjadi perwakilan dan calon, penerangan ringkas pelaksanaan pemilihan dan manifesto Barisan Pembaharuan.

Pada 16 Ogos 2009 pula, sebanyak 19 perwakilan cawangan telah berkumpul di Kg. Kalamatoi. Cawangan-cawangan berkenaan ialah dari Korolok, Gumisi Laut, Gumisi Ulu, Kemabong, Kemabong Baru, Abol, Sugiang Baru, Kalamatoi, Baru Jumpa/Kalamatoi, Baru Jumpa, Pamaluyan, Mampusu, Masanoi Ulu, Mailo, Mailo Ulu, Gudang Sapong, Gudang 2 Sapong dan Rumah Sakit Sapong serta Sibulu.

Turut bersama dalam taklimat ini ialah para calon dan AJK PBS Cawangan Kalamatoi. Dianggarkan seramai 120 orang hadir pada malam berkenaan. Beberapa cawangan turut mengemukakan soalan berkaitan nama perwakilan cawangan masing-masing untuk kepastian.

Dalam taklimat hari ketiga ini, En. Reno mengingatkan perwakilan mengundi Barisan Pembaharuan kerana inilah masa yang sesuai untuk membuat perubahan demi untuk kebaikan parti. Pn. Senuwati pula melahirkan rasa yakin bahawa Barisan Pembaharuan dapat bergerak dengan lebih baik dalam Barisan Komponen berbanding semasa dalam pengantungan selama 3 tahun yang lalu.

Seorang pemerhati politik yang ditemui menyatakan bahawa pelaksanaan taklimat dan isi kandungnya adalah memuaskan. Beliau juga mengakui bahawa Manifesto Barisan Pembaharuan adalah releven. Seorang ahli UMNO pula berpuashati dengan pendirian Barisan Pembaharuan ini yang sangat pro Barisan Nasional dan berharap dapat bekerjasama dalam kempen PRU ke 13 kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: