PBS: Antara Realiti dan Fantasi

Apabila dua tokoh PBS dari dua barisan yang bertanding bertemu, kedua-duanya dapat duduk berbual sambil bertukar-tukar pendapat secara mesra dan berisi. Syukurlah kedua-dua tokoh ini nampaknya bersikap profesional. Sememangnya inilah sikap pemimpin yang disenangi oleh pengikut iaitu bersikap terbuka, berprinsip dan mementingkan semangat kekeluargaan.

Agak hairan juga ada tokoh lain yang melihat kehadiran dan kelibat tokoh yang lain sebagai ancaman dan musuh. Perlukah pertandingan dalam memilih peneraju PBS bahagian ini menyebabkan persahabatan, persaudaraan dan kenalan itu diketepikan?

Apa yang pasti perjuangan yang sedang dilihat panas di Kemabong sebenarnya adalah satu pertemuan yang mencungkil pemimpin bahagian bukan pemusnah bahagian. Jesteru itu, semua ahli digesa untuk bertanding secara keluarga kerana ini melibatkan pertentangan pendapat dan hala tuju. Bukan menentukan hidup dan mati.

Sama-samalah kita menolak tokoh yang takut menghadapi pemilihan dengan sanggup menggunakan taktik kotor dan menjejaskan parti. Tokoh yang mementingkan parti akan sentiasa memenangkan hati pemimpin dan pengikut lawan dengan kasih sayang bukannya dengan wang ringgit dan juga ancaman. Tokoh yang baik menyebabkan lawan segan bukannya takut.

Walau bagaimanapun, tokoh yang terbaik sebenarnya ialah tokoh yang mampu menghormati dan mengasihi individu lain sama seperti dirinya sendiri mengasihi dan menghormati diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: