Kepimpinan PBS Kemabong

Seorang pengamal politik telah membuat ulasan berikut: Sekarang ada tiga perahu. Ketiga-tiga mempunyai Kapten. Malangnya bukan semua mempunyai visi dan matlamat untuk rakyat dan parti yang jelas. Mereka saling mengkritik-mengkritik. Mengkritik kepimpinan dan penampilan tetapi pada masa yang sama gagal selami kehendak rakyat. Orang sekarang mula berfikir tentang ‘Apa yang kamu nak buat?’ bukan ‘Apa yang kamu dah buat?’ Cerita tentang kisah silam bukan perkara rahsia. Jesteru itu, dinasihatkan para kapten bercakap tentang manifesto masing-masing. Kalau berhajat menjadi KB tapi tidak ada manifesto samalah seperti kapten tanpa haluan. Jadi kapten ini bukan mudah, mesti ada prinsip, haluan dan dasar yang kukuh. Kapten bertanggungjawab atas semua untung nasib pengikut dibawahnya.

Janganlah pula ada yang mahu jadi kapten sebab dijanjikan mendapat ‘kasut bola emas’. Hadiah ‘Kasut Bola Emas’ untuk seorang sahaja tapi pengikut mahu rakyat terbela, mereka mahu pemimpin berjiwa rakyat. Mereka mahu kepimpinan melalui tauladan. Mereka mahu pemimpin yang bekerjasama dengan Barisan Nasional dan patuh kepada kepimpinan parti PBS. Pendek kata mereka mahu pemimpin yang wajar dicontohi. Kapten yang baik tidak akan membiarkan pengikutnya gol dari parti. Dia juga tidak mahu partinya gol. Jesteru itu kapten kapal janganlah jadi kapten main bola. Adakah anda rasa kapten kapal itu untuk seronok atau sebaliknya?

Sekarang PBS masuk ke era baru. Era di mana ICT jadi salah satu medium komunikasi, ilmu dan pembangunan. Pemimpin yang baik hendaklah celik ICT. Agaknya adakah semua yang bertanding ini celik ICT. Silap-silap ada yang tak tahu pun bagaimana masuk internet. Ada yang mungkin tidak tahu menggunakan komputer. Menurut sumber tertentu, ada yang takut pegang note book. Kononnya bila jadi pemimpin kelak, suruh orang sahaja taip. Kalau betul demikian, silap-silap buat kertas kerja pun tidak confident. Teruklah bahagian kalau begitu. Rupa-rupanya jadi pemimpin itu perlu tahu merancang, mengelola, menilai dan menyelia. Kemahiran ini perlu dipelajari dengan disertai dengan pengalaman praktikal.

Kepimpinan sebenarnya bukan lagi dikira dari keturunan, kegagahan, kecantikan/kehensaman serta kekayaan. Sesungguhnya kepimpinan bersandar kepada niat pemimpin itu sendiri. Pemimpin berjiwa rakyat mendekati rakyat dan memperuntukkan masanya untuk rakyat. Pemimpin yang disukai ramai tentu sekali akan menonjol di mata pemimpin atasan. Pemimpin sedemikian mampu menjana keyakinan dan sokongan rakyat dan pemimpin atasan. Sudah sampai masanya kepimpinan baru bercirikan kepimpinan sedemikian dicari, diketengahkan dan digilap serta dimajukan.

Sesungguhnya Kepimpinan itu berteraskan: Dari rakyat, Kepada rakyat dan Kerana rakyat. Pemimpin tidak akan menjadi pemimpin jika tanpa pengikut dan kepimpinan tidak akan wujud lama jika gagal memimpin. Satu yang pasti jika pemimpin itu sudah menjadi manager dalam parti, maka sampai masanya orang itu diganti kerana dalam parti yang diperlukan ialah pemimpin bukan manager.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: