Kempen dalam keluarga

14 Ogos 2009 menyaksikan sebanyak 14 cawangan dari sejumlah 17 cawangan yang aktif dalam mukim Kuala Tomani hadir di Taklimat Pemilihan Bahagian PBS N.36 Kemabong yang diada di Dewan Kuala Tomani. Seramai kira-kira seratus orang hadir semasa taklimat berkenaan yang dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu patriotik Malaysia, BN dan PBS.

Penceramah teknikal berkaitan pemilihan bahagian, Encik Alex memperingatkan semua perwakilan dan calon yang bertanding agar memberikan tumpuan wajar tentang beberapa aspek penting dalam cawangan, perwakilan dan bertanding seperti: Keahlian parti, Jumlah keahlian, Senarai dan kelayakan perwakilan, Tempat, tarikh dan masa AGM, Syarat pencalonan dan Tertib berkempen.

Pn. Sabini dari Barisan Pembaharuan turut memperkenalkan Manifesto selain mengetengahkan Line-up yang bakal dipilih dalam pemilihan berkenaan. Beliau turut mengingatkan semua pihak agar berkempen dan bertanding sebagai satu keluarga dalam PBS. Amalan seperti inilah yang membantu memperkasakan parti dan menjadikan PBS sebagai parti yang unik dan digemari ramai.

Beberapa ahli PBS veteren turut terharu dengan ketrampilan calon Ketua Bahagian berkenaan yang lebih sederhana namun berwibawa sampil membawa inspirasi dan kreativiti yang baik untuk masa depan parti. Mereka rata-rata berharap agar kepincangan lama tidak berulang dan barisan pentadbiran baru diberi peluang untuk membuktikan kemampuan.

Turut bersama semasa taklimat berkenaan ialah beberapa calon dari barisan lain yang menyatakan kesediaan untuk menyokong kepimpinan Pn. Sabini. Menurut mereka, “Calon yang bertanding dengan kemampuan yang nyata menguntungkan parti serta mempunyai perancangan yang jelas lebih baik daripada calon yang hanya mahu diberi peluang memegang jawatan ketua bahagian namun tidak mempunyai sebarang perancangan adalah calon yang lebih digemari ramai”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: