Tuan-tuan dan puan-puan.

Sebagai sebuah parti yang berteraskan demokrasi, PBS percaya bahawa kewujudan parti bertunjangkan sokongan rakyat. Parti tanpa penyokong adalah seumpama sebuah parti yang hanya wujud di atas kertas sahaja. Jesteru itu, PBS mengambil pendekatan pemimpin hendaklah berjiwa rakyat. Pemimpin yang berjiwa rakyat bukan sahaja berfikir untuk keperluan sendiri tetapi turut berfikir untuk keperluan rakyat yang diwakilinya.

Memang tidak dinafikan usia kewujudan PBS telah mencecah 24 tahun. Usia ini cukup membuktikan bahawa PBS masih releven kepada kehendak dan inspirasi rakyat. Walau bagaimanapun kepimpinan PBS tidak akan lalai dalam membawa agenda keperluan rakyat. PBS dilihat sebagai sebuah parti sederhana yang giat dalam mempertahankan keperluanan hak rakyat Sabah.

Mungkin khalayak mempersoalkan kenapa PBS tidak selantang semasa berada dalam barisan pembangkang suatu masa dahulu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa PBS sebagai parti kompenon Barisan Nasional dan selaku rakan sekerajaan mengambil pendekatan berhemah dalam mengutarakan permasalahan rakyat. Sebagai parti kompenon, PBS mengamalkan sikap setia kawan dan berkolaborasi dalam mewakili rakyat. PBS percaya perbincangan secara keluarga lebih berfaedah daripada bertindak melolong di luar rumah.

Percayalah bahawa PBS disebalik usia demikian masih berdaya saing dengan sesetengah pihak lain yang berfikir mereka juara rakyat pada hal mereka memecah-belahkan kekuatan rakyat atas agenda terselindung yakni untuk kepentingan peribadi. Jesteru itu, PBS dengan gandingan pemimpin lama dan baru sentiasa mengenalpasti peluang dan kelebihan yang ada serta mengatasi kelemahan dengan harapan dan tekat menjadi medium bagi keperluan rakyat Sabah.

Lantaran itu, setiap rakyat di Sabah ini dirayu untuk menyokong PBS dan mengundi Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya. Sebagai sebuah parti multi-racial, PBS merupakan pilihan yang tepat kepada warda perjuangan rakyat. Inilah masa untuk rakyat Sabah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan parti-parti lain di Malaysia dalam menjaga keperluan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: