PBS KEMABONG DISUSUN SEMULA

KEMABONG: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kemabong yang tidak aktif sejak beberapa tahun lalu akan disusun semula melalui satu mesyuarat agung tahunan Julai ini bagi membolehkan bahagian berkenaan menghantar perwakilan ke kongres parti itu hujung tahun.

Penyelaras PBS Kemabong, Simon Mamat, berkata mesyuarat agung tahunan 51 cawangan sedang dijalankan sekarang manakala mesyuarat agung bahagian akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Majlis Tertinggi PBS.

“Persediaan bagi mesyuarat agung tahunan Bahagian Kemabong sudah dibuat dalam mesyuarat pada Jumaat dipengerusikan Setiausaha Agung PBS, Datuk Radin Malleh,” kata Simon yang juga Setiausaha Bahagian PBS Melalap.

Ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut, Radin berharap lebih ramai akan tampil memberi kerjasama bagi menyusun semula PBS Bahagian Kemabong agar dapat digunakan sebagai wadah perjuangan penduduk di kawasan itu.

“Hanya dengan kerjasama dan semangat yang tinggi serta penampilan kepimpinan seseorang dapat menentukan hala tuju perjuangan sesebuah parti tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan,” kata Radin.

Turut hadir Ketua Penerangan PBS, Johnny Mositun yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mantan Ketua Bahagian PBS Kemabong, John Mondolok Singa.

1 Comment

lihat juga PBS Kemabong di https://pbsn36.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: