ALUTOK MAHU TRANSFORMASI

Najib dilihat sebagai pemimpin yang boleh mentransformasikan
kehendak rakyat menjadi realiti
“Kami bukan menolak Barisan (BN), kami hanya mahu kebajikan kami didengar dan ditunaikan,” kata Marusim Paliton, Pengerusi JKKK Kampung Alutok. Beliau berkata demikian semasa perasmian Mesyuarat Agung Cawangan, Parti Bersatu Sabah (PBS) di kampung Alutok.
Menurut Marusim, penduduk di kampung Kaang dan Alutok di bawa jagaanya sudah lama menunggu jalanraya dari simpang Lalang ke kampung Alutok dinaik taraf. Ini kerana jalan berkenaan berada dalam keadaan sangat mendesak untuk dipulihkan.
Turut terlibat dengan kesulitan jalan berkenaan ialah kampung Malutut. Dianggapkan seramai 530 orang penduduk tinggal di ketiga-tiga kampung berkenaan. Jalan yang daif ini merupakan nadi kehidupan masyarakat dengan luar.
Menurut cikgu Azhar (samaran), jalanraya ini menyebabkan perhubungan antara Sekolah Kebangsaan Bakuku di kampung Alutok dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tenom kadangkala terputus dan menyulitkan kelancaran perjalanan sekolah. Selain itu, turut menyukarkan guru berulang-alik.
“Kenderaan perhubungan ke kampung ini terdiri dari kenderaan pacuan empat roda. Malangnya kadangkala kenderaan berkenaan pun terkandas terutama di kawasan berbukit dekat Malutut,” keluhnya dengan sedih.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBS Bahagian, Rijory Basar memberitahu bahawa selain pelaksanaan projek yang tidak mengikut spesifikasi, penduduk turut menyalahkan kerajaan sebagai penipu dan pilih kasih.
“Mereka memberitahu kerajaan banyak berjanji tapi liat menunaikan janji. Lagi pula kononnya lebih banyak pengagihan PPRT, projek baik-pulih jalanraya berturap di kawasan dekat bandar sedangkan jalan di sini tidak mendapat pembaik-pulihan sewajarnya.
Terus terang, kami sebagai pemimpin akar bertungkus lumus membela kerajaan. Kami mengatakan kerajaan di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib perihatin. Masalahnya segelintir pemimpin yang bermasalah menyebabkan seolah-olah kerajaan dan BN sebagai tidak berhati parut,” kata Rijory.
Mesyuarat berkenaan yang dirasmikan oleh Puan Sabini Binti Ansumor selaku Ketua Bahagian PBS menasihati penduduk agar bersabar. Dalam masa yang sama, PBS Kemabong akan menyuarakan permasalah penduduk ini untuk perhatian pemimpin berkenaan.
“Saya memahami perasaan kamu dan duka cita dengan kelemahan pelaksanaan dan pemantauan terhadapan projek pembangunan dan kebajikan rakyat. Kita sedar kerajaan banyak meluluskan peruntukkan dan mengadakan program yang bermanafaat kepada rakyat. Masalahnya sejauh mana pemimpin dan agensi teertentu menjiwai konsep, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” kata Sabini.
Sabini berpendapat, jika suara rakyat gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan bersesuai, rakyat akan menghukum kerajaan dengan mengalihkan sokongan kepada pembangkang.
“Apa yang penting bagi saya ialah kerajaan memenangkan hati rakyat dengan merungkai punca masalah. Hanya dengan kembali kepada punca permasalahan dan mengatasinya maka keyakinan rakyat akan pulih,” kata Sabini.
Mengakui tugas berkenaan sebagai berat, Sabini yakin dengan transformasi kepimpinan, kelemahan akan dapat di atasi tanpa menukar kerajaan.
“Seumpama bermain bola tampar. Jika ada pemain yang lemah, kita terpaksa tukar dengan pemain baru yang lebih cergas dan mahir. Biarlah pemain itu direhatkan atau ambil angin lain,” kata Sabini merujuk kepada segelintir pemimpin pertengahan dalam kerajaan yang lalai, lupa diri, angkuh atau rasuah.

NCR: Pemimpin Perlu Pendekatan Baru

Kerisauan penuntut NCR memeningkan BN

Rakyat di Kemabong mahukan pemimpin lebih transperan dengan melibatkan mereka dalam membuat dasar dan keputusan. Demikian pendapat Sabini selepas beberapa sesi dialog bersama rakyat Kemabong sepanjang bulan April ini.
Beliau yang juga Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong melaporkan tiga punca rakyat gelisah berkaitan NCR iaitu:
  1. Segelintir rakyat melihat pemimpin tidak berbuat sesuatu. Menurut mereka, pemimpin tidak peka dengan permasalahan rakyat dan lebih banyak berdiam diri. Keadaan ini mereka gambarkan sebagai pemimpin yang terlena dan perlu disedarkan.
  2. Segelintir rakyat pula melihat pemimpin kita syok sendiri dan ‘Miss Leading‘. Menurut mereka, pemimpin membuat banyak perkara yang tidak jelas tujuan dan sasarannya, malah rata-rata menganggap dasar dan keputusan yang dibuat tidak mewakili kehendak suara teramai. Mereka berpendapat pemimpin ini perlu dibimbing ke landasan asal.
  3. Segelintir rakyat juga melihat pemimpin menganiaya rakyat. Menurut mereka, hak mereka dan kebajikan mereka dibelakangkan. Mereka berpendapat pemimpin lebih menjaga periuk nasi dan kroni. Mereka berpendapat pemimpin ini perlu dianjakkan ke tepi.

Menurut Sabini, sukar untuk menentukan mana satukah dakwaan di atas adalah benar. Walau bagaimanapun, pemimpin sedia ada perlu proaktif untuk menyangkal tuduhan dengan membuktikan mereka pemimpin berjiwa rakyat dan bukan menindas suara rakyat.

Menurut Sabini, sebagai pemimpin akar-umbi beliau perlu memaklumkan kepada kepimpinan atasan bahawa isu berkenaan perlu ditangani segera demi kebajikan rakyat dan kerajaan. Apa yang jelasnya, cara berfikir, merancang dan bertindak para pemimpin perlu penambah-baikan. Keperluan untuk menjadi responsif amat mendesak apabila kita berurusan dengan hak dan adat.
Sabini berpendapat pada dasarnya BN adalah baik dan masih diperlukan. Kepimpinan Perdana Menteri yang berfokus kepada, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ perlu direalisasikan oleh kepimpinan pertengahan, barulah kemenangan BN terjamin.

Laluan Berliku: Antara Rakyat dan Pemimpin


Sesuatu perlu dilakukan guna meredakan kegelisahan penduduk di Kemabong yang telah bertindak menghantar memorandum tuntutan Tanah Adat ke Dewan Undangan Negeri Sabah. Kekalutan ini semestinya meninggalkan titik hitam dalam hati penduduk yang merasa mereka dipinggirkan. Kita mesti berusaha dan berdoa agar kepimpinan BN menemukan penawar yang diterima baik penduduk.

 

Apa yang penduduk mahu sebenarnya? Mereka mahu pelaksanaan geran komunal ditangguhkan sementara kajian dilakukan supaya tidak bercanggah dengan konsep Tanah Adat. Apa yang nyata mereka mahu Tanah Adat ini dikeluarkan untuk kegunaan orang asal tanpa gangguan dan halangan kerajaan.

PM Bubar Dewan Mei ini?

Bahang pilihan raya semakin terasa. Kempen parti yang bertanding semakin galak sama ada secara terang-terangan mahupun selindung-selindung. Walau bagaimana pun, ramai pemerhati politik merumuskan bahawa senario pilihan raya kali ini sangat berbeza dari yang sudah.
Marilah mari… pergi mengundi
Dalam kerancakan berkenaan, ramai meneka pembubaran dewan mungkin akan diadakan pada hujung bulan Mei ini. Ini kerana beberapa acara besar seperti
  1. Pentabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung telah disempurnakan dan peralihan berjalan dengan sempurna dan negara masih aman.
  2. Persidangan Parlimen telah selesai dengan pemansuhan ISA dan beberapa pindaan yang mampu mengambil hati pengundi.
  3. Pelbagai bantuan telah dan hampir selesai diagihkan.
  4. Penyelarasan gaji kakitangan awam telah dilaksanakan termasuklah imbuhan mengenang jasa bekas penjawat awam.
  5. Hampir semua kawasan telah dilawati oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.
  6. Statemen beberapa pemimpin kanan parti BN bahawa jentera BN telah bersiap-siaga dan boleh dikerah bila-bila masa.
  7. Pembekuan atau pembatalan cuti pasukan pertahanan awam termasuk polis dan tentera.
  8. Cuti sekolah dari 26 Mei hingga 10 Jun 2012 membolehkan sekolah digunakan sebagai Pusat Daerah Mengundi.
  9. Kebiasaannya tempoh bertenang selepas pembubaran ialah 3 hari. Penamaan calon dan berkempen ialah 14 hari. Jadi boleh dilaksanakan semasa cuti.
  10. Dikuathiri semakin lambat, pembangkang semakin kukuh.
  11. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) dan Pesta gawai merupakan platform terbaik berkempen.
Jadi bila tarikhnya?
Pembubaran = 21 atau 22 Mei 2012
Masa bertenang = 2 atau 3 hari
Penamaan calon = 24 atau 25 Mei 2012
Kempen = 24 atau 25 Mei 2012 hingga 7 atau 8 Jun 2012 (14 hari)
Mengundi = 7 atau 8 Jun 2012
Adakah terdapat tarikh lain.
Paling hampir ialah minggu ke 2 bulan Ogos (7 atau 8 Ogos 2012) dan mengundi pada minggu ke tiga (23 atau 24 Ogos 2012). Bagaimana pun tarikh ini kurang baik sebab berkempen dimusim puasa.

*** Maklumat ini dalah pandangan kolekif editor dengan penganalisis politik dan bukan pengumuman rasmi parti.

Mendekati Isu Part2: Tanah Adat

ISU TANAH
Isu berkaitan tanah di Kemabong dapat dibahagikan kepada tiga. Isu-isu berkenaan ialah
  1. Tanah Adat
  2. Geran Komunal
  3. Permohonan Tanah
Tanah Adat:
Menurut Ordinan Tanah Sabah Bab 68, sesuatu kawasan
akan diiktiraf sebagai kawasan Tanah Adat jika mana-mana daripada terma
berikut dipatuhi:
  1. Perolehan tanah menurut Pegangan Adat/Kaum (di mana termanya diterangkan di “Seksyen 65″);
  2. Tanah yang ditanami dengan buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan
    pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai
    nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada
    pemunggut tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan/ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang atau binatang.
 Keratan ini disebarkan/ditampalkan oleh PACOS

Manakala undang-undang
Kanun Tanah Sarawak 1957, kedudukan tanah adat Bumiputra ['native customary land' (NCL)]
memang diakui.
Menurut Brimas (1999)  Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL)
didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah
didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb
Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan
”. 
Tuntutan penduduk Kemabong untuk pengiktirafan terhadap tanah adat telah wujud sejak sekian lama. Malangnya, usaha berkenaan tidak sistematik dan terkelompok. Ini menyebabkan tuntutan mereka kurang mendapat respon dan pembelaan yang berfokus.
Usaha menyeragamkan tuntutan penduduk diusahakan mulanya oleh YB Datuk Rubin pada sekitar tahun 1996. Menurut Anduul Ekup, tujuh kawasan tuntutan telah dikemukakan oleh wakil penduduk dan dibawa dalam beberapa mesyuarat.
Selepas mendapat maklumbalas  dari penduduk semasa sesi turun ke padang, maka pada tahun 2010, Sabini Ansumor telah mengusahakan agar penduduk mengemukakan semula tuntutan secara berkelompok. Sebanyak 24 tuntutan mewakili sekitar 2000 peserta dikemukakan kepada kepimpinan PBS, Tan Sri DSP Joseph Pairin Datuk Kitingan dan pihak tertentu seperti SUHAKAM.
Pada dasarnya tuntutan terhadap kawasan yang didakwa berstatus Tanah Adat ini mempunyai kewajarannya, apatah lagi jika merujuk kepada dalil-dalil tuntutan yang dikemukakan. Namun jika merujuk kepada terma-terma yang digariskan dalam  Ordinan Tanah Sabah Bab 68.
Tiga tekanan utama terhadap penduduk membuat tuntutan ialah:
  1. Pewartaan Hutan Simpan (HS) yang menyebabkan kawasan perkampungan dalam HS dianggap sebagai perkampungan haram.
  2. Pewartaan kawasan konsensi syarikat seperti SFI.
  3. Kesedaran dan desakan keperluan tanah.
Menurut
mereka, antara sebab mereka patuh pada arahan kerajaan ketika itu ialah
kononnya untuk mendapatkan kemudahan asas dan dekat dengan sekolah.
Jadi mereka perlu tinggalkan kampung sementara. Tidak sangka pula
kampung mereka diwartakan sebagai HS atau konsensi.
Pewartaan sebagai HS dan konsensi ini menafikan hak penduduk untuk mengusaha,
mendiami, mendapat kemudahan asas dan hak pemilikan terhadap tanah di
kawasan tuntutan mereka.
Sedangkan asas terhadap tuntutan mereka ialah kawasan tuntutan berkenaan pernah atau sedang, ‘diusahakan’, ‘didiami’ dan ini dibuktikan dengan tanaman, kuburan dan perkampungan. 
Ini mewujudkan dua kategori tanah adat iaitu (i) kawasan telah ditinggalkan akibat arahan/pujukan pihak kerajaan terdahulu (USNO), dan (ii) kawasan yang masih didiami dan diusahakan penduduk sehingga kini. 

Konflik memuncak akhir-akhir ini apabila:
  1. Pekerja Jabatan Perhutanan menebang rumah kebun penduduk di kawasan yang mempunyai tanah adat;
  2. Penduduk diberi notis atau ditakut-takutkan oleh pihak berkenaan;
  3. Penduduk ‘terasa’ dengan nasib yang berlaku dengan penuntut di kawasan Imahit dan keputusan Mahkamah;
  4. Campurtangan badan NGO seperti JAOS dan PACOS Trust;
  5. Usaha sebagai orang tengah oleh PBS Kemabong;
  6. Pengaliran masuk pelbagai media informasi;
  7. Campurtangan dan eksploitasi dari parti pembangkang;
  8. Merebaknya kawasan yang diusahakan SFI/konsensi lebih ke hulu mengejar kawasan konsesi.
Sabini menyerahkan Memorandum tuntutan Tanah Adat kepada SUHAKAM
PBS di Kemabong pada dasarnya menyokong tuntutan penduduk terhadap Tanah Adat ini dan tidak mahu kebajikan dan hak penduduk dipinggirkan. Lantaran itu, kawasan yang dituntut berkenaan jika terbukti mematuhi salah satu terma melalui penyiasatan yang sistematik dan telus, perlu dikembalikan kepada penuntut mengikut keluasan yang sesuai. Kawasan berkenaan tidak boleh diberi kepada penduduk atau syarikat luar dengan tanpa persetujuan majoriti penduduk asal kawasan berkenaan.
Malangnya usaha perjuangan penuntut dan penambah-baikan ini bukan mudah memandangkan kehebatan media informasi, peranan NGO, SUHAKAM dan pembangkang. Selain itu, wujud segelintir individu dalam portfolio tertentu ‘menutupi’, ‘melabel’, ‘menyisihkan’ isu ini demi agenda tertentu. Ini menambah-burukkan  keadaan sehingga penuntut berang sehingga mendapat simpati dan kesedaran penduduk lain dan lebih teruk dijadikan bahan pembangkang.
Contohnya, kenyataan oleh Peguam Besar Sabah, Redolic mengatakan ‘tidak
ada lagi tanah adat sejak 1930′ mengundang kemarahan umum termasuk dari
Tan Sri Bernad Dompok dan Datuk Seri Maximus Ongkili. 

Jadi apakah yang penduduk mahu? Jawapannya mudah yakni:
1.  Keluarkan Tanah Adat dari Hutan Simpan atau konsensi.
2.  Tanah adat diberikan hanya kepada penuntut Orang Asal.
3.  Tanah adat itu diberikan geran pemilikan.


Terdapat usaha kerajaan untuk memecahkan kebuntuan ini dengan mengeluarkan kawasan Tanah Adat berkenaan menjadi Tanah Kerajaan yang boleh dipohon penduduk sama ada dalam bentuk geran persendirian atau geran komunal. Malangnya usaha ini nampaknya mendapat protes sebahagian rakyat.

Walhal umum melihat ini sebagai langkah awal untuk memenuhi tuntutan penduduk. Isu tanah ini dianggap sensitif pada pandangan penduduk bila dikaitkan dengan geran komunal dan Projek MESEJ.

Segelintir pemimpin melihat punca mekanisma menyebabkan timbulnya kepincangan pelaksanaan dan ketirisan pihak pelaksana, manakala pihak NGO dan pembangkang mengapi-apikan penduduk kononnya pemimpin kerajaan yang diterajui UMNO/BN mempunyai agenda jahat yang terancang.

Justeru itu, mahu tidak mahu geran komunal dan Projek MESEJ ini hendaklah diselidiki untuk mendapatkan gambaran jelas.


Geran Komunal… (bersambung)

Utusan Kemabong (November 2011) di Laman Web

Sejak pelancaran pertama Majalah Utusan Kemabong keluaran April 2011, pelbagai pihak memohon keluaran sambungan diteruskan. Mereka berpendapat bahawa majalah ini merupakan sumber informasi terdekat kepada mereka mengenali profile politik di Kemabong.

Penulisan meskipun masih mempunyai kelemahan namun jika dipertimbangkan, merupakan alternatif kepada pelbagai pihak. Umum menganggap ini sebagai perspektif PBS dalam mengupas atau menonjolkan realiti kehidupan rakyat dan recam politik. Apa pun, kemunculan keluaran November dilihat sebagai penawar bagi mereka yang tertunggu keluaran seterusnya.

Justeru itu, jika saudara-saudari ingin mengakses secara on-line Majalah Utusan Kemabong (November) 2011, silakan ke mengklik link berkenaan.

Mendekati Isu Part1: Sekolah Menengah

Menjelang pilihanraya ini, pelbagai isu dibangkitkan, tidak kira oleh pembangkang, penduduk setempat mahupun kerajaan. Isu-isu ini diutarakan atas andaian bahawa ianya signifikan dengan kehendak rakyat dan wujud keperluan untuk tindakan pembetulan mahupun penambah-baikan. Malangnya sesetengah isu ini dianggap sebagai serangan peribadi atau berniat memalitkan lumpur ke muka parti tertentu.
Sebagai ahli politik dan warga yang sentiasa turun ke akar umbi dan berdamping dengan rakyat, maka wujud keperluan untuk kita mengkaji, mencerakin dan mengambil tindakan perlu atau sekurang-kurangnya menyatakan pendirian berhubung sesuatu isu berkenaan.
Lantaran itu, kami dalam PBS Bahagian Kemabong dengan melihat pada skop Kemabong, merasa terpanggil untuk mengutarakan atau menjawab beberapa isu. Pun begitu, kita mohon pandangan ini dianggap sebagai perkongsian ilmu dan jika betul, jadikan sebagai tauladan dan sempadan. Terpulanglah kepada saudara-saudara menapis kerana kita percaya, warga Malaysia semakin matang berdasarkan perspektif tersendiri.
Sekolah SMK Kemabong yang cantik tidak dapat lagi menampung pelajar yang ramai

Isu Pembangunan Modal Insan (Pembinaan Sekolah Menengah di Kemabong/Kuala Tomani)
Terdapat keluhan yang jelas dari kalangan penduduk setempat Kemabong, memohon agar sebuah sekolah menengah didirikan di Kemabong. Meskipun setakat ini dua buah sekolah menengah telah beroperasi dalam bahagian ini, kita dapati ianya jauh dari memenuhi keperluan dan permintaan. Setakat ini sekolah sedia ada ialah SMK Kemabong (SMKK) dan SMK Chinta Mata (SMKCM).
Dengan mengambil kira bekalan pelajar melebihi 2200 pelajar yang mengunakan sekolah menengah, kita dapati SMKK hanya berupaya menampung kira-kira 1500 pelajar dan selebihnya oleh SMKCM. Lokasi kedudukan SMKCM yang lebih ke hilir dekat Pekan Tenom menyebabkan lokasinya kurang strategik bagi ‘Feeder School’. Lantaran itu, ibubapa pelajar cenderung memilih SMKK menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan sekolah dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Ini berlaku kerana kurang kelas dan prasarana sokongan.
Jika SMKK mahu dijadikan sekolah satu sesi dengan tujuan supaya dapat melaksanakan aktiviti seperti sekolah yang lain, maka sekolah ini perlu mengurangkan jumlah pelajar. Pengurangan berkenaan memerlukan sebuah sekolah yang berdekatan dengan ‘feeder School’ dan sangat mendesak. Ini  meliputi keperluan bangunan sekolah dan kemudahan belajar bagi pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6.
Jika pembinaan sekolah baru ini berjaya, SMKK akan mendapat bekalan pelajar dari SK Kemabong, SK Gumisi, SK Katubu, SK Sumambu, SK Rundum, SK Kapulu, SK Baru Jumpa, SK Masanoi, SK Kolorok. Dianggarkan sekitar 900 pelajar mampu dibekalkan ke sekolah berkenaan datangnya dari sekolah berkenaan. SMKCM pula menerima bekalan pelajar dari SK Chinta Mata, SK Sapong, SK Sungai Api, SK Bamban dan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dengan anggaran pelajar sekitar 600 pelajar.
Justeru itu wujud keperluan untuk mendirikan sebuah sekolah berasrama di Kuala Tomani.
Bekalan pelajar datangnya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani, SK
Kungkular, SK Bakuku, SK Ulu Tomani, SK Simpang dan SK Tilis.
Dianggarkan seramai 850 pelajar boleh belajar di sekolah baru ini.
sememangnya usaha untuk membina sebuah sekolah telah dibuat di Kemabong sebelum ini di mana tapaknya disasarkan di kawasan RTM atau Kuala Tomani. Memandangkan wujud masalah penyediaan tapak, maka peruntukkan ditarik ke tapak alternatif di kampung Chinta Mata. Ini menyebabkan keperluan penduduk di kawasan pedalaman belum terjawab dan masih lagi membebankan ibubapa serta SMKK. Justeru itu, isu ini dianggap logik dan mendesak untuk dibangkitkan oleh rakyat dan pemimpin setempat.
Walau bagaimanapun, kita mesti bersedia dengan beberapa jawapan jika mahu peruntukkan pembinaan sekolah dalam RMK-11 ditarik Kuala Tomani atau jika terpaksa, berdekatan Kemabong. Pra-syarat yang utama ialah kemampuan untuk meyakinkan kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa wujud keperluan. Untuk perkara ini, kita mesti ada ‘Team Work’ yang mampu menyediakan kertas kerja berkualiti dan efisi. Ke dua kita mesti ada tapak dan tapak berkenaan mesti di kawasan yang strategik. Ibubapa dan pemimpin masyarakat perlu seiya menyokong permohonan berkenaan dan kalau boleh mencadangkan tapak yang sesuai pada kos yang berpatutan.
Masalah pendawaian elektrik yang uzur di sekolah 
menaraik perhatian Timbalan Menteri KPM.
Menurut Sabini (Ketua Bahagian PBS Kemabong), usaha untuk melobi peruntukkan pembinaan sekolah berkenaan perlu diteruskan meskipun mengambil masa. “Kita mahu ianya dibina semasa RMK-11, 12 tetapi kita perlu sedar bahawa kemungkinan ianya hanya ada peruntukkan pada RMK-12, 13. Kecuali jika ada peruntukkan kilat tetapi ini bukan selalu. Namun apa yang penting, usaha kena mula sekarang dan jangan bertangguh. Jadi jika boleh, kita terus kejar dan yakinkan pihak berkenaan,” kata beliau.
Bersambung…

PERCATURAN POLITIK MATANG?

Pilihanraya semakin hampir dan beberapa parti politik, sama ada yang bergerak secara berkumpulan mahupun bersendirian sibuk mengatur siasah dan pencaturan masing-masing. Sebagai warga Malaysia, kita melihat keadaan ini memberangsangkan dan memperlihatkan  bahawa demokrasi diamalkan secara berleluasa dan sihat.

Walau bagaimanapun, umum mengambarkan scenario politik di Malaysia sebagai penuh dengan persaingan dan berbeza dengan keputusan pilihanraya yang sudah-sudah. Rata-rata berpendapat bahawa rakyat belum menunjukkan isyarat jelas pembayang peneraju kerajaan bagi penggal seterusnya.
Kita mendengar nada berbeza di mana, kita belum tercium nama yang diramal juara sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Kebiasaannya penyokong setiap parti membuat dakwaan bahawa calon mereka bakal menang dan parti sekian bakal berkuasa. Namun persoalannya adakah dakwaan mereka selari dengan suara majoriti rakyat?
Telah dipersetujui ramai bahawa peletakan calon dan parti yang bertanding dalam pilihanraya memainkan peranan peraih undi. Apa yang nyata, umum berpendapat bahawa kesilapan meletakkan calon atau parti yang bertanding, tidak kira parti kerajaan mahupun pembangkang akan menyebabkan kesan tidak diingini.
Justeru itu, tidak hairan kita mendapati bahawa wujud desakan untuk parti mengenalpasti dan meletakkan ‘calon mampu menang’ atau ‘winable candidate’. Namun persoalannya bagaimanakah dan apakah mekanisma untuk memilih calon berkenaan?
Menurut Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak, individu berkenaan hendaklah seorang yang berintegriti, berwibawa, berkarisma, diterima dan disokong ramai dan calon mestilah penyokong tegar yang memperjuangkan BN. Menurutnya, calon itu tidak semestinya popular pada pemimpin atasan sebaliknya diperlukan oleh rakyat.
Justeru itu, ukuran berkenaan sering diidamkan oleh para calon. Malangnya, wujud kesangsian bagaimana ukuran berkenaan dibuat dan benarkah agen yang terlibat benar-benar telus dan diperakui kewibawaannya.
Di pihak pembangkang turut berlaku kesulitan untuk memilih calon. Banyak kali kita mendengar pemimpin atau individu yang menonjol di peringkat cabang atau bahagian parti, rupanya tidak diminati atau tidak layak. Kadangkala individu berkenaan popular di kawasan tertentu
namun tidak dikenali bahkan ditolak di kawasan lain.
Mungkin bagi parti yang bersendirian tanpa membentuk perikatan/pakatan dengan parti lain dengan mudah menentukan calon. Ini banyak dipengaruhi oleh ketidak-wujudan keperluan untuk berkompromi dengan parti sahabat. Namun kadangkala bagi parti peringkat Bahagian yang baru diaktifkan, pemimpin yang ada di sana tidak dikenali dan bersifat ‘bidan terjun’. Maksudnya pertandingan adalah bersifat ‘asal ada dan
cuba nasib’.
Bagi parti yangmempunyai perikatan, keperluan untuk berkompromi sangat perlu ditekankan dan diberi tumpuan lebih. Alasan bahawa Bahagian berkenaan adalah kuota parti sekian mungkin tidak sesuai lagi. Ini kerana selain keahlian parti, kita perlu melihat adakah calonnya
diterima rakyat dan bolehkah calon berkenaan kelak mewakili rakyat. Dewasa ini, rata-rata rakyat mahukan calon yang berjiwa rakyat dan berkemampuan menjadi agen pembangunan dan dapat pula menjadi medium keperluan rakyat.
Trend siapa berkewangan dan berkuasa bukan lagi jawapan kepada syarat jadi calon. Kita pernah melihat individu menggunakan semua pengaruh, kekuasaan dan kewangannya untuk mempengaruhi bahkan memaksa pihak tertentu untuk memastikan dia boleh bertanding. Kita melihat trend ini dalam BN bahkan dalam pembangkang juga. Trend ini, jika dihayati bukan lagi dianggap sebagai amalan yang sihat dan bijak. Sebagai ahli parti politik, kita takut amalan ini akhirnya menyebabkan calon dan parti kalah. Kita tidak kisah calon kalah, tetapi paling takut jika parti kalah.
Apabila kita melihat dari segi perikatan, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mahupun United Borneo Alliance kelihatan saling melobi bahkan saling bertelagah dalam mengetengahkan calon bagi sesuatu kerusi. Krisis ini kadangkala menghasilkan kelompok yang kecewa berkemungkinan lebih cenderung ‘menebang’ dari menyokong. Perbuatan sabotaj ini biasanya dilihat sebagai punca banyak keputusan pilihanraya sebelum ini lari  dari sasaran.
Meskipun di Sabah, Pakatan Rakyat dan United Borneo Alliance (UBA) masih baru, akan wujud kecenderungan untuk menggunakan formula perkongsian kuasa dan agihan kerusi. Baru-baru ini, UBA yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO kononnya sebagai tolak-ansur untuk
kemenangan pembangkang, mencadangkan UBA bertanding bagi kerusi DUN manakala Parlimen sebahagian besarnya untuk Pakatan Rakyat.
Dengar khabar Pakatan pula yang belum pasti membentuk perikatan dengan UBA berkemungkinan mengagihkan kerusi mengikut taburan kaum atau agama sebagai contohnya, kawasan majoriti beragama Islam untuk PAS khususnya di pantai timur, kawasan majoriti Cina untuk DAP dan selebihnya untuk Keadilan. Diramalkan BN tidak membuat rombakan banyak meskipun kedengaran beberapa parti komponen seperti UMNO, PBS, UPKO dan LDP menyuarakan minat bertanding di kerusi baru. Percaturan ini meskipun bukan asing namun kesannya jika tidak dipertimbangkan dengan bijaksana berkeupayaan membawa keretakan dalam perikatan berkenaan.
Jika kita melihat dari agihan kerusi, penguasaan kerusi terbanyak oleh mana-mana ahli perikatan akan menunjukkan sejauh mana penonjolnya kepimpinan sesuatu parti. Parti yang dapat meletakkan calon lebih ramai berbanding ahli perikatan dilabel sebagai dominan dan berkemungkinan menerajui kepimpinan di peringkat negeri. Persoalannya adakah semua calon berkenaan mampu menang? Sejarah telah menunjukkan bahawa dominasi calon tidak menjamin kemenangan parti. Di mana parti yang bukan dominasi pula yang menang banyak. Ini telah kita lihat di Perak bila DAP menang lebih banyak kerusi berbanding ahli pakatan yang lain.
Natijahnya, rakyat nampaknya memilih calon yang mereka suka, bukan calon yang disukai pemimpin atasan. Jika tidak salah, kecenderungan mengatakan bahawa, ‘Jangan peduli siapa calon, undi parti yang bertanding’ bukan lagi seruan dan motto yang sempurna. Penganalisis politik berpendapat, tidak mustahil anjakan minda yang sedang berlaku di kalangan pengundi khususnya ‘silent voter’ dan golongan muda, kurang pedulikan apa parti yang bertanding sebaliknya apa isu dan siapa calon.
Adakah ini bermakna calon bebas boleh menang? Kita perlu terima kenyataan bahawa calon bebas, meskipun sebaik mana dia akan tetap gagal dalam memikul tanggung-jawab dan membawa agenda rakyat ke arah kepuasan rakyat.
Kita mesti tahu, rakyat mahukan pembelaan dan hasil dari undi mereka. Pembelaan dan hasil undi tidak akan ke mana jika wakil rakyat yang dipilih tidak dapat membawa visi dan misinya dihayati bersama oleh wakil rakyat lain. Perlu diakui bahawa sistem pemerintahan di Malaysia berpaksikan suara majoriti. Sebaik mana pun wakil rakyat itu, jika dia tidak mempunyai pasukan, jika dia tidak mampu berkerja secara berpasukan, dia tidak lebih daripada ‘kera sumbang’.
Lantaran itu, pemilihan calon dan parti apa yang bertanding dilihat sebagai percaturan. Tidak ada siapa pun yang mahu calon parti yang mewakili mereka kalah. Maka dengan itu, kita mahu parti-parti yang bertanding bercatur dengan berhati-hati dan bermaklumat. Memang sebagai pemimpin kita tidak sempurna namun kita mampu meminimumkan kesilapan dengan memilih mekanisma terbaik.
Pada pilihanraya umum dan negeri ini, kita mesti menganggap setiap kerusi sebagai berharga, wajar ditawan, hati rakyat mesti diyakinkan dan undi mesti berpihak pada kita. Ini bukan masa untuk ‘berjudi untung nasib’ sebaliknya melabur setiap sen, masa dan tenaga untuk mensejahterakan rakyat. Jika kita berpolitik secara tidak matang, jika kita ‘buat asal ada’ maka ketahuilah, rakyat semakin bijak ddan mereka tidak teragak-agak menyisihkan kita.
Kepada bakal calon dan pemimpin parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, demokrasi yang tumbuh segar di negara ini hendaklah dipelihara dan dimantapkan. Keserakahan dan keangkuhan boleh menghancurkan Malaysia. Tidak guna kita ‘menang sorak, kampung tergadai’,
maknanya menang pilihanraya kelak negara kucar-kacir.

Ledakan Penduduk Mengancam Sabah?

Temu-ramah ini juga disertai koresponden Sabahkini dan disiarkan dalam Sabahkini.


Bila berlaku ledakan penduduk di Eropah berlaku sekitar tahun 50-an hingga 60-an, ramai ilmuan menjustifikasikannya dengan impak Perang Dunia Ke-2. Walau bagaimana pun apabila berlaku ledakan penduduk di Sabah sekitar tahun 80-an hingga 90-an, wujud percanggahan pendapat di kalangan ilmuan. Pelbagai teori dikemukakan dan isu ini dieksploitasi semaksima mungkin oleh pihak tertentu.

Ikuti pandangan Puan Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong, merangkap Exco Wanita PBS Sabah dan Ahli Majlis Daerah Tenom berkaitan isu berkenaan semasa ditemu ramah oleh Editor Utusan Kemabong.

Editor UK: Isu ledakan penduduk menjadi isu hangat baru-baru, apa pandangan Puan?

Sabini: Sebenar isu ledakan penduduk ini telah lama disedari dari diperkatakan namun menjelang pilihanraya, isu ini kembali hangat. Memang tidak ada mana-mana negeri di Malaysia yang mengalami pertumbuhan luar biasa dalam tempoh yang sama. Ini sememangnya mengundang pelbagai andaian dan dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak tertentu. Pengeksploitasian ini mempunyai kesan baik dan buruk.

Sebagai warganegara dan penduduk asal Malaysia dari Sabah, saya merasa bimbang. Ini kerana pertambahan penduduk sebegini bukan hanya memberikan saingan kepada penduduk asal malah mampu memudaratkan keselamatan dan keutuhan perlembagaan negara. Sudah tentulah saya mahu pertambahan penduduk Sabah berlaku secara semula jadi dan bebas dari anasir-anasir subversif.
Editor UK: Bagaimana respon Parti Bersatu Sabah berkaitan isu ini? 

Sabini: PBS memang komited menolak pertambahan penduduk luar biasa sperti ini.PBS mahu satu kajian dan tindakan yang sesuai dengan perlembagaan negara dibuat. Kami dalam PBS bertindak demikian bukan kerana sikap kedaerahan atau perkauman yang sempit. Kami berpendirian, sebagai warganegara Malaysia, wujud keperluan untuk mempertahankan kepentingan warganegara tulin dan menegakkan keutuhan perlembagaan negara.

Editor UK: Adakah Puan syak wujudnya anasir subversif seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Sabini: Saya tidak berani terus menuduh atau mengakui kewujudan senario seumpama itu. Justeru itu, kita mahu satu Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) dilaksanakan segera. Saya berharap menerusi mekanisma ini, persoalan akan terbongkar dan kebenaran akan ditegakkan.

Editor UK: Ada spekulasi mengatakan bahawa pertambahan penduduk ini hasil daripada kemasukan warga asing menerusi pintu belakang. Apa pandangan Puan?

Sabini: Ya. Penduduk negara jiran seperti Filipina dan Indonesia masuk ke Malaysia khususnya Sabah dengan mudah. Ini berpunca akibat panjangnya sempadan dan luasnya perairan negara. Negara kita kekurangan tenaga dan sumber penguatkuasa untuk mengawal perairan negara. Ini ditambah dengan tarikan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia yang lebih baik dari negara asal mereka. 
Sebahagian pendatang asing ini pula hadir dengan status pelarian. Mereka datang ke Sabah dan memohon suaka politik. Kerajaan kita prihatin dan berperikemanusiaan. Mereka dilayan dengan baik dan diberikan Borang IMM13 Ini melayakkan mereka mendapat status pemastautin.

Editor UK: Apa kaitan Borang IMM13 ini dengan kewarganegaraan?

Sabini: Kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) sememangnya mencabuli kedaulatan Malaysia. Mereka yang datang tanpa dokumen yang sahih seperti pasport atau visa boleh ditahan dan dihantar semula ke negara asal. Malangnya bagi mereka yang memegang IMM13, mereka dianggap mempunyai dokumen yang sahih dan senang bergerak, hidup seperti warganegara.

Menurut perlembagaan Malaysia, seseorang yang bermastautin dalam tempoh 7 hingga 10 tahun di Malaysia, boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dan berkelakuan baik layak memohon Kewarganegaraan. Maknanya pendatang yang tiba ke Malaysia selepas Hari Merdeka berpeluang menjadi warganegara menerusi ‘Kewarganegaraan Secara pendaftaran’ atau 10 hingga 12 tahun bagi ‘Kewarganegaraan Secara Masukan (Naturalisasi)’.

Editor UK: Dari penerangan Puan, kelihatan seolah-olah proses permohonan kewarganegaraan itu mempunyai kelemahan. Apakah kita perlu mengkaji perlembagaan negara?

Sabini: Ya. Kita nampak ketirisan ini menguntungkan pihak pendatang asing. Asal sahaja mereka memperolehi dokumen yang merekodkan tempoh permastautin mereka, asal sahaja mereka mengaku akan taat-setia kepada Seri Paduka Baginda, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta tiada rekod jenayah, mereka sudah berada diambang pintu menjadi warganegara.

Editor UK: Apakah langkah yang mungkin Puan ingin syorkan dalam membendung ketirisan ini?

Sabini: Kita letakkan syarat tambahan. Kita masukkan klausa yang memberikan lebih tapisan kepada para pemohon. Tidak ada peraturan mengatakan bahawa perlembagaan tidak boleh dipinda. Ini tentunya terletak di bahu pengubal dasar yakni para YB. 

Kita lihat kita mesti mengkaji semula dasar negara berkaitan pelarian politik dari negara jiran. Bukan semua kita boleh beri IMM13. Kalau pelarian dari Vietnam kita boleh hantar ke negara ke tiga, kenapa pelarian dari Filipina atau Indonesia kita berlembut. Adakah kerana pelarian ini serumpun atau seagama maka layanan jadi istimewa? Sepatutnya kita tidak boleh berkompromi dengan isu kebajikan, keselamatan dan hak warganegara Malaysia.

Editor UK: Difahamkan terdapat kesangsian akan status pendaftaran lewat secara bergerak di pedalaman khususnya kawasan sempadan. Bagaimana pandangan Puan?

Sabini: Banyak keluhan penduduk mengatakan pendaftaran lewat secara bergerak meragukan. Menurut mereka wujud warganegara jiran dari kawasan sempadan turut serta mendaftar. Mereka mengatakan faktor pengangkutan dan perhubungan menyebabkan mereka mendaftar lewat. Mereka menggunakan penduduk tempatan berstatus warganegara menyokong permohonan mereka. Saya berpendapat keluhan ini sebagai wajar diselidik. 

Kita tidak mahu ada individu mengambil kesempatan atas faktor ketidak-sampaian untuk memohon kewarganegaraan. Masa ini tidak masuk akal lagi pendaftaran bergerak dibuat. Contohnya, wajarkah lagi pendaftaran bergerak dibuat di Kemabong sedangkan jaraknya dengan JPN Tenom hanya 32 km, apatah lagi jalannya berturap? Lagi pula logikkah wujud penduduk berumur dua puluhan belum ber’IC’ atau bersurat beranak dalam lingkungan jarak sedemikian? Yang hairannya, kononnya wujud individu mengaku dari kampung sekian tetapi orang kampung berkenaan sendiri tidak mengenalinya.

Editor UK: Kononnya wujud sindikit mengambil surat beranak orang yang sudah meninggal dan diberi kepada orang asing untuk tujuan mendapatkan kewarganegaraan. Bolehkah senario ini berlaku?

Sabini: Tidak mustahil. Baru-baru ini kononnya seorang pemohon guru didapati menggunakan surat beranak orang yang telah meninggal untuk memohon kad pengenalan sedangkan dia berasal dari negara jiran. Nasib baik kedapatan lebih awal. Persoalannya, bukankah setiap kematian wajib dilaporkan kepada JPN. Di sini kita dapati wujud sikap jahil atau tamak individu tertentu sehingga kepentingan warganegara asal diabaikan.

Editor UK: Kononnya ada Projek IC yang didalangi pemimpin tinggi tertentu. Apa pandangan Puan?

Sabini: Jika benar, pemimpin itu perlu dihukum seberat-beratnya. Begitu juga jika ada penjawat awam dalam JPN atau mana-mana badan kerajaan yang bersubahat memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa melalui saluran dan proses yang sah dan boleh dipercayai, mereka tidak boleh diberi pengecualian. Keadilan mesti ditegakkan supaya rakyat mendapat pengajaran dan sikap ini ditolak dari menjadi amalan.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh menuduh, bertindak apatah lagi melatah jika tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ada pemimpin berhirarki tinggi terlibat, individu ini tentu boleh menyembunyikan kebenaran,. Walau bagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga. Justeru itu, kita tidak boleh menghalang proses siasatan dari agensi berkaitan. Saya masih yakin dengan perundangan Malaysia dan saya masih yakin dengan integreti dan kemahiran pihak berkuasa. Tidak semua penjawat awam buta mata atau buta hati. Pasti ada yang baik dan cintakan tanah air.

Editor UK: Apakah sebab agensi kerajaan masih gagal membendung kedatangan PATI?

Sabini: Seperti yang saya katakan, sempadan Malaysia contohnya di Sabah bukan pendek. Perlu banyak sumber didedikasikan untuk mengawal sempadan. Di bandar maupun pelusuk kampung, rantaian order pembasmian PATI mesti dihayati, diamalkan dan dirasai oleh semua pihak termasuk oleh PATI sendiri. Kewujudan individu yang melindungi atau menjadi broker PATI mesti dikenalpasti dan diawasi serta dicerkup bilasampai masanya. Ini akan mewujudkan faktor tolakan kepada PATI untuk datang ke Malaysia.

Editor UK: Bagaimana dengan individu atau syarikat yang menyimpan atau menyembunyikan PATI?

Sabini: Kuatkuasakan akta sedia ada. Mereka yang menyimpan atau melindungi atau menyewakan premis untuk didiami PATI perlu dikenalpasti dan dibawa kemuka pengadilan. Jangan beri muka walaupun saudara sendiri. 
Memang ada kecenderungan penduduk memberikan peluang kepada pendatang asing membuat kontrak membina rumah atau bekerja secara haram. Kita tahu kenapa ini berlaku. Puncanya kerana ingin meminimumkan kos. Tapi rekod menunjukkan bahawa banyak kontrak terbengkalai atau tuan rumah lebih rugi akibat sikap pendatang yang lari. Tidak ada peraturan atau perjanjian yang boleh mengikat pendatang asing dan ini perlu diketahui oleh penduduk. Sesungguhnya mereka sedang bermain dengan risiko.

Editor UK: Kenapa warganegara Malaysia khususnya dari Sabah perlu menolak PATI?

Sabini: Jika kita membenarkan PATI datang ke Sabah, bekerja di Sabah, hidup sebebas dan selancar orang Sabah, kita sudah membuka kebajikan,keselamatan dan hak kita untuk dinikmati dan dipegang oleh PATI. Jika mereka diberi kebebasan, kita akan terpaksa bersaing pekerjaan dengan mereka. Mereka kurang mempunyai tanggungan, mereka datang ke sini salah satu sebab adalah untuk ekonomi dan asal hidup. Ini menyebabkan mereka hidup asal ada, maka mereka tidak menuntut upah yang tinggi. 
Yang menjadi masalah ialah kita. Kita tidak boleh hidup sembrono seperti mereka, kita perlu membayar itu dan ini demi untuk mendapatkan keselesaan sama seperti warga yang lain. Ini menyebabkan kita tidak mampu menerima upah kecil. Percaya atau tidak, ramai penduduk kita memilih kerja, ini kerana kita menjaga taraf atau nama baik di kalangan kita, tapi bagi pendatang, status ini tidak penting. Apa yang penting, kerja jadi duit. Jadi siapa yang akan menerima penduduk tempatan sebagai pekerja. Jika anda tauke, anda mahu yang bergaji mahal atau murah?

Selain itu, pendatang tidak rasa terikat dengan peraturan atau perjanjian. Mereka seumpama manusia yang ‘ada tetapi tidak ada’. Jika mereka tidak tahan atau buat salah, mereka akan lari. Jadi siapa yang susah? Di mana kita mahu mengadu? Kerana kelonggaran ini juga mereka lebih cenderung membuat kesalahan seperti mencuri harta jiran atau tauke. 

Mereka juga sesungguhnya tidak mempunyai rasa sayang dan setia akan persekitaran. Mereka mungkin sayang dan setia kepada negara mereka atau tanah nenek moyang mereka tetapi bukannya Malaysia yang tidak lebih daripada tempat mencari makan.


PATI yang baru datang tidak mudah untuk menjiwai kehidupan, budaya dan adat resam masyarakat tempatan kita. Mereka memerlukan masa. Keselekehan mereka menyebabkan mereka melakukan apa yang mereka fikir betul dan paling mudah pada masa itu. Contohnya jika mereka selesa berkahwin tanpa nikah, mereka akan buat demikian. Jika mereka tinggal di tepi pantai atau sungai dan hendak buang sampah, mereka buang sampah. Adakah mereka akan fikirkan tentang keindahan alam sekitar? 

Jadi kalau mereka jadi warganegera, adakah mereka akan berubah? Tidak mudah. Lainlah jika mereka menetap di sesuatu tempat, bercampur-baur dengan penduduk atau berkahwin dengan penduduk tempatan. Malangnya perkahwinan biasanya didominasi oleh keegoan lelaki biarpun dia PATI. Jadi bukan suami yang mengikut aturan isteri sebaliknya isteri yang mengikuti aturan suami. Maka berlakulah penerapan budaya ‘simple’ pendatang dalam budaya kita.

Sering kita mendengar juga berkaitan pendatang yang sudah mendapat keistimewaan seperti warganegera asal. Mereka kononnya dapat SPBT di sekolah, dapat BR1M dan sebagainya. Benar atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Namun kemungkinan tetap ada seumpama peribahasa, ‘masakan daun bergoyang kalau tidak ditiup angin’.
Editor UK: Apakah pesanan akhir Puan berkaitan isu ini?
Sabini: Segerakan RCI dan pastikan pelaksanaannya telus dan mengutamakan rakyat. Saya mahu kerajaan BN cuba sebaik mungkin untuk bersifat transperan dan menyangkal dakwaan pihak tertentu. Sebagai warga Malaysia, saya mahukan kepentingan warganegara Malaysia terpelihara dan keadilan ditegakkan dengan mencantas apa jua salah laku dan anasir yang boleh memudaratkan Malaysia. Saya yakin, hasrat murni ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ bukan hanya menjadi slogan malah perlu dijiwai dan dijadikan amalan para penjawat awam dan pemimpin.

Editor UK: Terima kasih.

Sabini: Sama-sama.

Luar biasa: Ledakan Penduduk Yang Mengusarkan

Penduduk Sabah

<!–hide JavaScript code from browsers that are not JavaScript enabled
function popupwin() {

winpopup = window.open('','popup','height=420,width=400,menubar=no,scrollbars=no,status=no,toolbar=no,screenX=100,screenY=0,left=100,top=0');

winpopup.document.write('\n\n’);
winpopup.document.write(‘Notice Pemberitahuan\n’);
winpopup.document.write(‘\n’);
winpopup.document.write(‘\n’);

//set the documents background colour RRGGBB
winpopup.document.bgcolor=”#FFFFFF”;

//set the documents text colour RRGGBB
winpopup.document.fgcolor=”#000000″;

winpopup.document.write(‘Notice Pemberitahuan\n’);
winpopup.document.write(‘\n’)
winpopup.document.write(‘

Data dan maklumat berkenaan dengan organisasi-organisasi, pertubuhan-pertubuhan serta orang perseorangan yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik organisasi-organisasi, pertubuhan-pertubuhan serta orang perseorangan yang berkenaan. Pihak Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dan pihak yang dilantik untuk menguruskan laman web ini, mengakui bahawa data-data dan maklumat yang terdapat adalah terkini dan tepat berdasarkan rekod-rekod yang sedia ada. Pihak PNS dan pihak yang menguruskan laman web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau ketidaktepatan data-data yang terdapat di laman web ini. Pihak PNS dan pengurus laman ini juga berhak memberhentikan sebarang perkhidmatan dalam laman web ini pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi alasan.\n’);
winpopup.document.write(‘

Dengan mengemukakan sebarang kandungan pada eMas Sabah, anda memberi hak kepada PNS untuk menerbit serta memaparkan kandungan tersebut pada bila-bila masa dan tanpa perlu mendapat kebenaran daripada penulis asal. Sehubungan dengan itu, pihak PNS dan pergurus laman mempunyai hak untuk tidak menerbit isi kandungan yang berunsur provokatif, menyakitkan hati, kasar, lucah atau tidak sesuai untuk masyarakat umum. Pihak PNS dan pengurus laman mempunyai hak untuk mengubahsuai sebarang kandungan yang dikemukan berdasarkan kepada keperluan dalam pengurusan serta pembentukan laman web eMas Sabah

\n’);

winpopup.document.write(‘

\n’);
winpopup.document.write(‘\n’);
winpopup.document.write(‘\n\n’);
winpopup.document.close();//Close the Window to additional writes
}//end funciotn popupwin()
–>

Oleh: Florenttius Alex
 
Pelbagai usaha telah diketengahkan oleh pihak NGO, parti dan orang persendirian untuk mendesak pihak tertentu dalam kerajaan, mengambil tindakan proaktif dalam memantau dan membendung fenomena ledakan penduduk di Sabah. Himbauan ini nampaknya wajar bila melihat pada statistik luar biasa dipaparkan oleh data bancian penduduk bagi tahun 1980, 1991 dan 2000. Ramai kalangan ahli akedemik mengakui wujud perkembangan yang sukar diterangkan menerusi deduktif ilmiah.
Sebagai bandingan, taburan penduduk Malaysia mengikut negeri bagi tempoh 1980, 1991, 2000 dan 2010 adalah masing-masing seperti berikut:

Berdasarkan jadual di atas, kita dapati bahawa pertumbuhn penduduk di Sabah (929,299) mengalami ledakan yang ketara berbanding dengan negeri lain di mana pada 1980-1991, 1991-2000 dan 2000-2010 pada masing-masing 5.67%, 3.92% dan 2.34% sedangkan  negeri berjumlah penduduk terdekat dengannya yakni Sarawak (1,235,553) mengalami pertumbuhan 2.59%, 2.24% dan 1.86%. Kedah (1,077,815) dan Pahang (768,801) pula masing-masing mencatat pertumbuhan penduduk 1.72% dan 2.79% (1980-1991), 2.09% dan 1.80% (1991-2000), 1.85% dan 1.61% (2000-2010).

Secara logiknya, bagaimana mungkin penduduk Sabah yang berjumlah 929,299 orang pada tahun 1980 tiba-tiba melonjak menjadi 3,120,389 orang pada tahun 2010 yakni pertambahan sebanyak 2,190,741  orang (235.7%) dalam tempoh 30 tahun sedangkan penduduk di Sarawak yang sedia tinggi pada tahun 1980, 1,235,553 orang hanya beranjak kepada 2,420,009 orang pada tahun 2010 yakni pertambahan sebanyak 1,184,456 orang (95.9%).
Biasanya nageri yng berpenduduk ramai akan terus berada di hadapan. Dalam konteks Sabah dan Sarawak, sepatutnya jumlah penduduk Sarawak mestilah lebih ramai dari Sabah. Seperti yang ditunjukkan oleh Sarawak terhadap Kedah, di mana Kedah pada tahun 1980 berpenduduk seramai 1,077,815 orang dan pada tahun 2010 berpenduduk 1,890,098 orang, manakala Sarawak pada tahun 1980 berpenduduk 1,235.553 orang dan pada tahun 2010 berpenduduk 2,420,009 orang. Adakah penduduk Sabah, khususnya pada tempoh 1980-2000 tiba-tiba subur dan produktif, kemudian merosot akhir-akhir ini?

Bilangan penduduk dan kadar
pertumbuhan purata tahunan (peratus) mengikut negeri dan daerah pentadbiran,
1980, 1991, 2000.
(Number of persons and average annual growth rate
(percent) by state and administrative district, 1980, 1991,
2000)

Negeri dan Daerah
Pentadbiran
State and
Administrative District
Penduduk
Population
Kadar pertumbuhan purata
tahunan (%)
Average Annual growth
rate (%)
1980
1991
2000
1980 – 1991
1991 – 2000
SABAH
929,299
1,734,685
2,449,389
5.67
3.83
Tawau
113,708
244,728
304,888
6.97
2.44
Lahad Datu
*
39,262
118,096
156,059
10.01
3.10
Semporna
52,215
91,828
108,236
5.13
1.83
Sandakan
113,496
222,817
347,334
6.13
4.93
Kinabatangan *
14,683
45,746
86,783
10.33
7.11
Beluran
30,066
54,539
70,900
5.41
2.92
Kota
Kinabalu
108,725
209,175
354,153
5.95
5.85
Ranau
28,047
49,358
70,649
5.14
3.98
Kota
Belud
45,503
58,259
72,337
2.25
2.40
Tuaran
48,374
63,995
82,212
2.54
2.78
Penampang
37,998
86,941
130,809
7.52
4.54
Papar
40,722
59,473
86,649
3.44
4.18
Kudat
38,397
56,047
68,242
3.44
2.19
Kota
Marudu
27,149
42,747
58,841
4.13
3.55
Pitas
16,520
24,240
30,854
3.49
2.68
Beaufort
36,403
48,742
61,698
2.65
2.62
Kuala
Penyu
12,565
14,271
16,511
1.16
1.62
Sipitang
12,076
24,349
29,311
6.38
2.06
Tenom
26,353
37,954
46,202
3.32
2.18
Nabawan
8,368
19,999
23,890
7.92
1.98
Keningau
41,204
88,456
145,762
6.95
5.55
Tambunan
14,204
19,726
27,852
2.99
3.83
Kunak
*
12,510
39,873
48,571
10.54
2.19
Tongok
*
10,751
13,326
20,646
1.95
4.86

  Juteru mendapati banyaknya Daerah Pentadbiran di Sabah, maka tumpuan perbincangan berfokus statistik beberapa Daerah Pentadbiran yang terpilih yang dianggap boleh memberikan gambaran ledakan penduduk di Sabah. 

 Pada tahun 1980, penduduk Lahad Datu hanyalah seramai 39,503 orang bertambah menjadi 118,096 orang pada tahun 1991 dan 156,059 orang pada tahun 2000. Ini menunjukan bagi tempoh 1980-1991 berlaku pertambahan 10.01% penduduk dan merosot kepada 3.1% bagi tempoh 1991-2000. Penduduk Papar yang lebih kurang sama dengan Lahad Datu iaitu sebanyak 40,723 orang pada tahun 1980 bertambah menjadi 59,473 orang pada tahun 1991 dan 86,649 orang pada tahun 2000. Ini menunjukkan pertambahan kepada 3.44% bagi tempoh 1980-1991 dan 4.18% bagi tempoh 1991-2000.

Tambunan pula berpenduduk seramai 14,204 orang pada tahun 1980, 19,726 orang (1991) dan 27,852 orang (2000) masing-masing pertumbuhan sebanyak 2.99% bagi tempoh 1980-1991 dan 3.83% bagi tempoh 1991-2000. Kunak pula berpenduduk 12,510 orang pada tahun 1980, 48,571 orang (1991) dan 48,571 orang (2000) masing-masing pertumbuhan sebanyak 10.54% bagi tempoh 1980-1991 dan 2.19% bagi tempoh 1991-2000.

Persoalannya di sini ialah bagaimana penduduk Lahad Datu dan Kunak menjadi begitu produktif sehingga melebihi 10 peratus sedangkan kawasan lain hanya sekitar 3.5% sahaja. Di luar sana, pelbagai andaian diutarakan seperti kewujudan Projek IC, kemudahan dokumen IMM13 dan Kewarganegaraan bertindih dan ketirisan Perlembagaan Malaysia sendiri.

Ikutilah pandangan Pn. Sabini Binti Ansumor, Ketua Bahagian PBS N.36 Kemabong dalam keluaran akan datang berkaitan isu ini.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.